Kekosongan Jawatan di N.Pahang

November 25, 2008

Maklumat ini adalah maklumat tak rasmi. Harap pihak tertentu dapat memperbetulkan jika terdapat kesilapan fakta yang dibentangkan.

Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) – 1 kekosongan, di Hosp Sultan Ahmad Shah, Temerloh
Pen. Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) – 1 kekosongan, di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Pembantu Tadbir N22 – penuh
pembantu Tadbir N17 – penuh.

Advertisement

Kata-kata Aluan Presiden PRPM

November 21, 2008

Assalamulaikum,

Terima kasih saya ucapkan kerana memberikan saya ruang untuk memberikan kata-kata Aluan Presiden di blog yang baru diwujudkan ini, dan selamat datang kepada kepada semua ahli Persatuan Rekod Perubatan Malaysia selaku pengunjung kepada blog ini.

 

 

Selaku presiden yang baru dilantik bagi penggal 2008 -2009, ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana telah diberi kepercayaan untuk mengetuai persatuan ini. Dengan adanya barisan Exco yang baru, saya berharap dapat sama-sama bergading bahu bagi memperkukuhkan lagi perkhidmatan rekod perubatan.

 

 

Bagi Barisan Exco terdahulu jasa tuan dan puan tidak akan kami lupakan dan saya mengalukan pandangan dan idea dari barisan exco lama, bagi saya, tidak ada yang lama maka tidak akan adanya yang baru.

 

 

Oleh itu saya berharap dengan kerjasama dan pandangan ini dapatlah kita bersama-sama menjayakan persatuan ini bagi seganding duduknya dengan Persatuan lain yang telah mantap dan kukuh.

 

Bagi mereka yang masih belum menyertai persatuan ini marilah bersama-sama menyertainya dengan mengisi maklumat dalam borang yang telah berada dalam blog ini.

 

 

Saya juga mengharapkan tuan/puan dapat memanafaatkan blog yang ada ini dengan memberikan input-input yang bernas untuk kebajikan kita bersama.

 

Sekian terima kasih

 

 

Siti Hajar Baharim

Presiden Persatuan Rekod Perubatan Malaysia


Borang Keahlian PRPM

November 21, 2008

Persatuan mengalu-alukan keahlian dikalangan pengamal rekod perubatan di seluruh Malaysia.

Kepada anggota yang ingin menjadi ahli kepada PRPM, anda boleh mendownload Borang keahlian pada url berikut : http://www.scribd.com/doc/8228555/Borang-Keahlian-PPRM atau anda boleh saja klik Download Borang Keahlian PRPM yang terdapat pada pautan di blog ini.

Borang keahlian anda bolehlah diemailkan ke Setiausaha PRPM atau Bendahari PRPM. Alamat email Setiausaha PRPM adalah : zarimah@moh.gov.my manakala Bendahari PRPM adalah ibrahim@moh.gov.my.


Aktiviti Persatuan 2005 – 2006

November 20, 2008

Laporan Aktiviti ini adalah abstrak dari Laporan Tahunan Persatuan yang telah diedarkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada 20 Ogos 2008.

1. Penghantaran Senarai Nama Kakitangan Rekod Perubatan yang Mempunyai Ijazah / Telah Lulus Peperiksaan KPSL Di Seluruh Malaysia.

– ekoran dari penghantaran memorandum memohon jawatan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N41 diisi dari kalangan anggota Pen. Peg. Tadbir (Rekod Perubatan) yang berkelayakan pada 18hb Ogos, 2005 ke JPA, pihak JPA telah memohon kepada Bhg. Sumber Manusia, KKM senarai nama anggota-anggorta Rekod Perubatan yang mempunyai kelayakan Ijazah / KPSL untuk diberi keutamaan bagi mengisi jawatan Peg. Tadbir (Rekod Perubatan) N41.

– pada 25.1.2006 satu senarai nama (mengandungi seramai 48 anggota) telah dihantar melalui persatuan kepada PTD, Bhg Sumber Manusia, KKM untuk dimajukkan kepada SPA.

2. Majlis Diaglog di antara Ketua Setiausaha KKM dengan Wakil-wakil Persatuan/Kesatuan Kerja KKM Tahun 2006.

– antara isu-isu yang dibincangkan adalah :-
a. Perjawatan
– pengwujudan jawatan baru yang tidak sekata.
– mencadangkan pelarasan dilakukan dengan mengambil kira kompleksiti, saiz dan bebankerja sesebuah hospital.

b. Peperiksaan PTK bagi Pembantu Rekod Perubatan N17.

c. Waran Peruntukan
– mencadangkan diwujudkan waran perbelanjaan khusus untuk Jabatan Rekod Perubatan.

d. Skim Pegawai Rekod Perubatan.

e. Kenaikan pangkat.
– mencadangkan nisbah kenaikan pangkat seperti berikut :-
setiap 4 jawatan gred N17 diwujudkan 1 jawatan N22
setiap 2 jawatan gred N22, diwujudkan 1 jawatan N26
setiap 2 jawatan gred N27, diwujudkan 1 jawatan N32
setiap 2 jawatan gred N32, diwujudkan 1 jawatan N36
– Jabatan / Unit Rekod Perubatan diketuai oleh sekuruang-kurangnya Gred N32 di :
Hospital Daerah Berpakar & hospital daerah kapisiti katil > 100 buah.

f. Kumpulan jawatan yang khusus bagi pengamal rekod perubatan
– mengadakan satu kumpulan jawatan yang khusus bagi pengamal rekod perubatan bermula dengan jawatan Pembantu Rekod Perubatan N17 sehinggalah ke jawatan peringkat Pengurusan & Profesional dan Pegawai Rekod Perubatan N54.

g. Memberi peluang yang lebih kepada pengamal rekod perubatan sediada dalam kenaikan pengkat.

Maklumbalas daripada KSU, KKM mengenai isu-isu ini akan dibentangkan pada artikel seterusnya….


Mesyuarat Exco Pertama

November 17, 2008

Mesyuarat Exco PRPM yang pertama telah diadakan di A Famosa Resort, Melaka pada 11 November 2008 bersempena dengan Bengkel Semakan Semula Penstrukturan Polisi Rekod Perubatan.

dsc02206

Mesyuarat telah dihadiri oleh :
Presiden : Pn. Siti Hajar Baharim
Timbalan Presiden : En. Mohd Isa Abdullah
Setiausaha : Pn. Zarimah Jaafar
AJK Zon Sarawak : En. Asri Bujang
AJK Zon Timur : En. Wan Rozain Wan Said
Bendahari : Tn. Hj. Ibrahim Ariffin

Ahli-ahli telah diberi taklimat oleh Timbalan Presiden PRPM dan Bendahari PRPM berkaitan peranan Persatuan dalam memperjuangkan perkhidmatan pengamal rekod perubatan di seluruh Malaysia.

Ahli juga diminta menjelaskan bayaran keahlian yang tertunggak.


AJK Bagi 2008-2009

November 14, 2008

Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan Persatuan Rekod Perubatan Malaysia telah diadakan pada 20 OGOS 2008 di Auditorium Hospital Putrajaya, Putrajaya.

Berikut adalah barisan AJK yang telah dilantik :-

  • Presiden – Pn. Siti Hajar Baharim(Bhg. Perkembangan Perubatan, KKM)
  • Timbalan Presiden – En. Mohd Isa Abdullah (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang)
  • Setiausaha – Pn. Zarimah Jaafar (Bhg. Perkembangan Perubatan, KKM)
  • Penolong Setiausaha – En. Ramli Mohamad (Hospital Kuala Berang)
  • Bendahari – Tn. Hj. Ibrahim Ariffin (Hospital Kuala Lumpur)

       Wakil Zon :-

  • Zon Tengah – Pn. Kamsiah Nawi (Pusat Informatik Kesihatan, KKM)
  • Zon Utara – En. Hilmi Harun (Jab. Kesihatan Negeri Kedah)
  • Zon Selatan – Tn. Hj. Lokman Dasuki (Jab. Kesihatan Negeri Johor)
  • Zon Timur _ En. Wan Rozain Wan Said (Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan)
  • Zon Sabah – En. Mazlan Majid (Hosp Queen Elizabeth, Kota Kinabalu)
  • Zon Sarawak – En. Asri Bujang (Hospital Miri)

        Juru Audit

  • En. Rosdi Ibrahim (Hosp. Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru)
  • Pn. Kasinah Bidin (Pusat Informatik Kesihatan, KKM)

Nota :-
Negeri-negeri bagi Zon adalah
Zon Tengah – Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan KL & Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Zon Utara – Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Zon Selatan – Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Zon Timur – Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Zon Sabah – Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Zon Sarawak – Sarawak.