Aktiviti Persatuan 2005 – 2006

Laporan Aktiviti ini adalah abstrak dari Laporan Tahunan Persatuan yang telah diedarkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada 20 Ogos 2008.

1. Penghantaran Senarai Nama Kakitangan Rekod Perubatan yang Mempunyai Ijazah / Telah Lulus Peperiksaan KPSL Di Seluruh Malaysia.

– ekoran dari penghantaran memorandum memohon jawatan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N41 diisi dari kalangan anggota Pen. Peg. Tadbir (Rekod Perubatan) yang berkelayakan pada 18hb Ogos, 2005 ke JPA, pihak JPA telah memohon kepada Bhg. Sumber Manusia, KKM senarai nama anggota-anggorta Rekod Perubatan yang mempunyai kelayakan Ijazah / KPSL untuk diberi keutamaan bagi mengisi jawatan Peg. Tadbir (Rekod Perubatan) N41.

– pada 25.1.2006 satu senarai nama (mengandungi seramai 48 anggota) telah dihantar melalui persatuan kepada PTD, Bhg Sumber Manusia, KKM untuk dimajukkan kepada SPA.

2. Majlis Diaglog di antara Ketua Setiausaha KKM dengan Wakil-wakil Persatuan/Kesatuan Kerja KKM Tahun 2006.

– antara isu-isu yang dibincangkan adalah :-
a. Perjawatan
– pengwujudan jawatan baru yang tidak sekata.
– mencadangkan pelarasan dilakukan dengan mengambil kira kompleksiti, saiz dan bebankerja sesebuah hospital.

b. Peperiksaan PTK bagi Pembantu Rekod Perubatan N17.

c. Waran Peruntukan
– mencadangkan diwujudkan waran perbelanjaan khusus untuk Jabatan Rekod Perubatan.

d. Skim Pegawai Rekod Perubatan.

e. Kenaikan pangkat.
– mencadangkan nisbah kenaikan pangkat seperti berikut :-
setiap 4 jawatan gred N17 diwujudkan 1 jawatan N22
setiap 2 jawatan gred N22, diwujudkan 1 jawatan N26
setiap 2 jawatan gred N27, diwujudkan 1 jawatan N32
setiap 2 jawatan gred N32, diwujudkan 1 jawatan N36
– Jabatan / Unit Rekod Perubatan diketuai oleh sekuruang-kurangnya Gred N32 di :
Hospital Daerah Berpakar & hospital daerah kapisiti katil > 100 buah.

f. Kumpulan jawatan yang khusus bagi pengamal rekod perubatan
– mengadakan satu kumpulan jawatan yang khusus bagi pengamal rekod perubatan bermula dengan jawatan Pembantu Rekod Perubatan N17 sehinggalah ke jawatan peringkat Pengurusan & Profesional dan Pegawai Rekod Perubatan N54.

g. Memberi peluang yang lebih kepada pengamal rekod perubatan sediada dalam kenaikan pengkat.

Maklumbalas daripada KSU, KKM mengenai isu-isu ini akan dibentangkan pada artikel seterusnya….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: