Kata-kata Aluan Presiden PRPM

November 21, 2008

Assalamulaikum,

Terima kasih saya ucapkan kerana memberikan saya ruang untuk memberikan kata-kata Aluan Presiden di blog yang baru diwujudkan ini, dan selamat datang kepada kepada semua ahli Persatuan Rekod Perubatan Malaysia selaku pengunjung kepada blog ini.

 

 

Selaku presiden yang baru dilantik bagi penggal 2008 -2009, ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana telah diberi kepercayaan untuk mengetuai persatuan ini. Dengan adanya barisan Exco yang baru, saya berharap dapat sama-sama bergading bahu bagi memperkukuhkan lagi perkhidmatan rekod perubatan.

 

 

Bagi Barisan Exco terdahulu jasa tuan dan puan tidak akan kami lupakan dan saya mengalukan pandangan dan idea dari barisan exco lama, bagi saya, tidak ada yang lama maka tidak akan adanya yang baru.

 

 

Oleh itu saya berharap dengan kerjasama dan pandangan ini dapatlah kita bersama-sama menjayakan persatuan ini bagi seganding duduknya dengan Persatuan lain yang telah mantap dan kukuh.

 

Bagi mereka yang masih belum menyertai persatuan ini marilah bersama-sama menyertainya dengan mengisi maklumat dalam borang yang telah berada dalam blog ini.

 

 

Saya juga mengharapkan tuan/puan dapat memanafaatkan blog yang ada ini dengan memberikan input-input yang bernas untuk kebajikan kita bersama.

 

Sekian terima kasih

 

 

Siti Hajar Baharim

Presiden Persatuan Rekod Perubatan Malaysia


Borang Keahlian PRPM

November 21, 2008

Persatuan mengalu-alukan keahlian dikalangan pengamal rekod perubatan di seluruh Malaysia.

Kepada anggota yang ingin menjadi ahli kepada PRPM, anda boleh mendownload Borang keahlian pada url berikut : http://www.scribd.com/doc/8228555/Borang-Keahlian-PPRM atau anda boleh saja klik Download Borang Keahlian PRPM yang terdapat pada pautan di blog ini.

Borang keahlian anda bolehlah diemailkan ke Setiausaha PRPM atau Bendahari PRPM. Alamat email Setiausaha PRPM adalah : zarimah@moh.gov.my manakala Bendahari PRPM adalah ibrahim@moh.gov.my.