Maklumbalas dari KSU

1. Perjawatan

Ulasan KKM
KKM mengambil maklum mengenai perkara tersebut. Walaugabaimanapun, sekiranya terdapat keperluan, Pengarah Kesihatan Negeri berkenaan adalah diberi kuasa untuk mengagihkan semula jawatan lantikan Gred 44 ke bawah selaras dengan Pekeliling KSU Bil. 3 Tahun 2004, sekiranya didapati penempatan yang telah dilakukan tersebut tidak sesuai.

2. Peperiksaan PTK Pembantu Tadbir N17

Ulasan KKM
PTK bagi Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rekod Perubatan N17 & N22 dikendalikan oleh KKM. Kedua-dua skim ini bukan dibawah kelolaan JPA memandangkan skim ini adalah skim Perkhidmatan Gunasama di bawah KKM.

3. Waran Peruntukan

Ulasan KKM
Peruntukan Belanja Mengurus Tahunan diagihkan kepada JKN dan sebagai PTJ akan membuat agihan peruntukan kepada PTJ dibawah seliannya. Memandandangkan Jab/Unit Rekod adalah Pusat Kos di bawah setiap hospital.

4. Wujudkan semula skim jawatan Pegawai / Penolong Pegawai Rekod Perubatan dari Gred N27 sehingga N48.

Ulasan KKM
Bahagian Sumber Manusia KKM bersedia untuk mengkaji perkara ini tertakluk kepada kertas kerja yang komprehensif dari pihak Persatuan.

5. Kenaikan Pangkat ke Gred N32 dan N36

Ulasan KKM
Pegwujudan jawatan naik pangkat adalah berdasarkan kompleksiti dan beban tugas. Selain dari itu, kedudukan nisbah setiap gred jawatan juga perlu diambilkira didalam sesuatu skim perkhidmatan disamping kematangan perkhidmatan anggota yang berada di gred sediada untuk dipertimbangkan ke gred yang lebih tinggi. Bhg. Sumber Manusia akan mengambil tindakan terhadap perkara ini.

6. Mengadakan satu kumpulan jawatan yang khusus bagi pengamal Rekod Perubatan bermula dengan jawatan Pembantu Rekod Perubatan N17 hinggalah ke jawatan peringkat Pengurusan & Profesional dan Pegawai REkod Perubatan Gred N54.

Ulasan KKM (Bhg. Sumber Manusia)
KKM bersedia untuk mengkaji perkara ini tertakluk kepada kertas kerja yang komprehensif dari pihak Persatuan.

7. Memberi peluang yang lebih kepada pengamal Rekod Perubatan sediada dalam eknaikan pangkat. Pengamal Rekod Perubatan yang sediada boleh diperakukan oleh Ketua Jabatan untuk mengisi jawatan kosong yang lebih tinggi.

Ulasan KKM (BSM)
Urusan pemangkuan / kenaikan pangkat bagi gred N32 & N36 dijangka akan dilaksanakan pada Jun 2007. Pegawai yang memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh LKP akan diperaku untuk pemangkuan / kenaikan pangkat.

8. Mewujudkan pusat kos yang khusus bagi Perkhidmatan Rekod Perubatan. Pada masa sekarang Perkhidmatan Rekod mendapat perbelanjaan dibawah Pengurusan Hospital.

Ulasan KKM (Kewangan)
Untuk makluman, Perkhidmatan REkod Perubatan adalah merupakan Pusat Kos dibawah Pegurusan Hospital. Tiada peruntuk khasdisediakan. Berhubung dengan keperluan peruntukan dan perbelanjaan, ia hendaklah dirujuk kepada Bhg. Pengurusan Hospital.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: