Komen dari Pn Aintan Rohaidah Hj Md Arif (HKL)

Email yang baru saya terima yang pada hemat saya, pandangan yang diutarakan amat bernas. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Aintan diatas komentar yang diutarakan. Komen ini juga terdapat pada folder ‘Keahlian PRPM’. Saya paparkan disini, untuk paparan umum dan buat masa ini, jawapan kepada persoalan yang dikemukakan masih belum dijawab.

Saya juga telah memanjangkan email ini kepada semua ahli Exco PRPM dan Insya Allah, respon daripada mereka akan saya kompailkan dan akan dipaparkan pada artikel yang akan datang.

Ini adalah isi kandungan email tersebut :-

Kepada barisan EXCO yang dihormati

Tahniah kerana berjaya mewujudkan saluran sebegini untuk perkhidmatan Rekod Perubatan. Sememangnya ini adalah satu langkah yang perlu dipuji dan menjadi suara yang kuat untuk memperjuangkan masa depan Perkhidmatan Rekod Perubatan.

Namun saya berasa agak terkilan kerana kewujudan website ini tidak pernah sampai ke pengetahuan saya sebagai salah seorang anggota dalam perkhidmatan ini ( saya yakin sebahagian besar anggota rekod yang lain juga tidak menyedari tentang wujudnya website ini). Mungkin saya yang ketinggalan atau memang tiada pengistiharan rasmi web ini, saya kurang pasti.

Saya mempunyai beberapa kemusykilan yang ingin saya kemukakan dan mohon jasa baik pihak EXCO untuk menjawab :

1. Sejak bila website ini wujud?
2. Adakah website ini terhad untuk ahli-ahli persatuan sahaja. Sekiranya ya, saya rasa ia patut lebih diketengahkan supaya lebih ramai ahli boleh menyertai dan menyuarakan pendapat.
3. Sekiranya tidak salah perkiraan saya, saya juga pernah menjadi ahli pada persatuan ini (tidak pasti sama ada telah luput keahlian), namun saya tidak pernah mendapat apa-apa perkembangan secara rasmi mengenai persatuan ini. Mohon penjelasan.
4. Sekiranya website ini bertujuan memperjuangkan misi Rekod Perkhidmatan, maka saya rasa penglibatan anggota dari setiap peringkat amat perlu untuk mengelakkan adanya jurang pemikiran dan pendapat di antara anggota dan supaya kesepakatan dapat dicapai dalam menyuarakan sesuatu isu.

Saya amat berharap medium ini dapat memberikan kebaikan yang maksimum bukan saja kepada ahli persatuan tapi untuk Perkhidmatan Rekod Perubatan. Langkah pertama yang mungkin boleh diberi perhatian adalah mempromosikan ruangan ini supaya lebih ramai anggota yang dapat menilai keberkesanannya dan sekaligus mengumpul lebih ramai ahli persatuan.

Semoga pandangan dan persoalan yang saya ajukan mendapat sedikit perhatian dari barisan EXCO. Semoga kejayaan bersama kita semua. InsyaAllah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: