Menjawab email Pn. Aintan

Terlebih dahulu jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn. Aintan di atas respon yang telah diberikan apabila melayari websites ini dan seterusnya terima kasih juga kerana tentunya Pn. Aintan telah meletakkan url websites ini di ‘favourites’ Pn. Aintan.

Maaf jua dipohon kerana, agak lambat respon terhadap persoalan-persoalan yang diutarakan. Bagi tidak menghampakan Pn. Aintan, saya selaku webmaster/pengarang bagi websites ini akan menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan.

1. Sejak bila website ini wujud?
Websites ini diwujudkan hasil dari rundingan Ahli Exco semasa mesyuarat ahli di Hotel A’Famosa, Melaka tempohari. Diantara resolusinya adalah mencari satu mekanisma bagi penyaluran maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti persatuan kepada ahli PRPM. Saya mengambil langkah proaktive dalam mengujudkan websites ini, walaupun tidak ada sebarang arahan daripada pihak ahli Exco memandangkan saya juga telah mempunyai pengalaman dalam mengujudkan blog peribadi saya. Maka pada tanggal 20-11-2008 yang lalu saya telah mendaftarkan url websites ini di server wordpress, maka wujudlah websites yang tak seberapa ini. Untuk pengetahuan, tiada kos yang terlibat dalam pendaftaran dan pengurusan web ini. Domainnya diberikan secara percuma.

2. Adakah website ini terhad untuk ahli-ahli persatuan sahaja. Sekiranya ya, saya rasa ia patut lebih diketengahkan supaya lebih ramai ahli boleh menyertai dan menyuarakan pendapat.
Bagi memasuki websites ini, sesiapa saja dibenarkan, ianya tidak terhad kepada ahli PRPM sahaja. Tiada sekatan ‘password’ dikenakan keatas mereka-mereka yang ingin melayari websites ini.

3. Sekiranya tidak salah perkiraan saya, saya juga pernah menjadi ahli pada persatuan ini (tidak pasti sama ada telah luput keahlian), namun saya tidak pernah mendapat apa-apa perkembangan secara rasmi mengenai persatuan ini. Mohon penjelasan.

Terima kasih atas keperihatinan Pn. Aintan, buat pengetahuan Pn. Aintan, saya sedang dalam mengemaskini maklumat ahli persatuan rekod perubatan ,mungkin sedikit masa lagi saya akan mengeluarkan senarai ahli persatuan rekod perubatan sebenar. Untuk maklum Pn. Aintan juga, saya selaku Pengerusi yang baru dilantik pun baru saja mengetahui adanya laman website ini, kerana kewujudan websites ini adalah atas inisiatif ‘webmaster web’ ini sendiri, tiada arahan secara formal bagi pengujudannya. Atas cadangan Pn. Aintan sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan itulah cita-cita persatuan rekod perubatan untuk memperjuangkan masa depan ahlinya, Insya Allah.

Sekian terima kasih

Siti Hajar Baharim

4. Sekiranya website ini bertujuan memperjuangkan misi Rekod Perkhidmatan, maka saya rasa penglibatan anggota dari setiap peringkat amat perlu untuk mengelakan adanya jurang pemikiran dan pendapat di antara anggota dan supaya kesepakatan dapat dicapai dalam menyuarakan sesuatu isu.
Itulah juga matlamat pengujudan websites ini agar ahli-ahli mendapat sedikit sebanyak info hasil dari penerbitan artikel. Kerjasama dari semua pengamal rekod perubatan amat diperlukan agar dapat membuat hebahan dikalangan rakan-rakan pengamal rekod perubatan seluruh Malaysia dan seperkara lagi, sumbangan artikel dari anda semua amat diharapkan agar saban hari akan ada artikel-artikel baru diterbitkan. Buat masa ini, hanya saya seorang sahaja yang telah memerah otak mendapatkan bahan untuk dijadikan artikel buat paparan ahli semua. Sumbangan artikel bolehlah diemailkan kepada saya dan akan saya terbitkan untuk paparan umum.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: