Pertukaran & Kekosongan Pen. Peg. Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N27

April 26, 2009

JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG

Pertukaran Keluar
1. Kamarul Hisham Yusoff (Hospital Muadzam Shah) ke Kelantan
2. Maryatie Mohamadiah (Hospital Jengka) ke Johor
3. Norhaslina Basir (Hosp. Tg Ampuan Afzan -HTAA, Kuantan) ke Johor

Pertukaran ini berkuatkuasa 5 Mei 2009.

Pertukaran Masuk
Tiada

Dengan pertukaran ini, Negeri Pahang akan ada kekosongan di hospital-hospital berikut:
1. HTAA – 2 kekosongan (pertukaran keluar dan jawatan baru ABM 2009).
2. Hospital Kuala Lipis – 1 Kekosongan
3. Hospital Pekan (pengisian yang dipinjamkan ke JKN ditukar ke HTAA) – 1 kekosongan
4. Hospital Muadzam Shah – 1 kekosongan
5. Hospital Jengka – 1 kekosongan
6. Hospital Raub – 1 kekosongan

JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

1. Hospital Queen Elizabeth – 3 kekosongan
2. Hospital Sandakan – 1 kekosongan
3. Hospital Kudat – 1 kekosongan
4. Hospital Kota Belud – 1 kekosongan
5. Hospital Kunak – 1 kekosongan – priority sebab cuma ada N17 je
6. Hospital Tambunan – 1 kekosongan – priority sebab cuma ada N17
JUMLAH = 8 kekosongan

Permohonan pertukaran : AMRO dari Hospital Tenom minta bertukar ke Hospital Queen tapi pengganti diperlukan.

Advertisement

Lantikan Baru & Agenda Persatuan

April 22, 2009

Difahamkan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengemukakan ke KKM sebanyak 50 jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Dari senarai tersebut 40 jawatan diagihkan ke Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) dan 10 jawatan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Stor).

Dengan jumlah lantikan baru yang diterima, nampaknya kekosongan jawatan dihospital-hospital tidak dapat dipenuhi semuanya. Justru itu, Persatuan Rekod Perubatan (PRPM) telah diarahkan oleh pihak KKM untuk mengadakan satu plan tindakan 2009 bagi mengatasi masalah tersebut.

Disamping plan tindakan yang akan diadakan Persatuan juga berhasrat untuk mengadakan beberapa program iaitu :-

a. Mengadakan Konvensyen Rekod Perubatan 2009
– satu jawatankuasa akan dibentuk bagi memantapkan perlaksanaan program tersebut. Intipati (objektif, aktiviti, dll) konvensyen ini akan dibentangkan pada artikel yang akan datang.

b. Menyediakan kertas-kerja perihal kenaikan pangkat jawatan Pen. Peg. Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N27 & Pembantu Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N17.

c. Menyediakan kertas-kerja perihal jawatan Pembantu Am Pejabat
(PAP) yang selama ini di kawal oleh Bahagian Pengurusan.
Persatuan akan cuba mendapatkan jawatan PAP secara pukal khas bagi Perkhidmatan Rekod Perubatan.

Kearah merealisasikan perlaksanaan perkara-perkara diatas, saya sentiasa melakukan perbincangan dengan pihak atasan agar apa yang Persatuan perjuangkan bagi kebaikan perkhidmatan Rekod Perubatan yang mendapat restu dan menjadi kenyataan.

– Presiden PRPM


Pertukaran Pn. Kasinah Bidin

April 22, 2009

Pn. Kasinah Bidin

Pn. Kasinah Bidin

2008, dek kerana terpisah dengan suami tercinta kerana dinaikkan pangkat untuk berkhidmat di Pulau Pinang maka Pn. Kasinah Bidin mengemukakan borang memohon pertukaran bagi mengikut suami tercinta yang berada di utara tanahair.

Berkat doa beliau dan keluarga maka permohonan pertukaran beliau telah diluluskan dan pada 2hb Mei 2009 ini beliau akan bertukar dan mencurahkan khidmat bakti beliau di Pulau Pinang. Lokasi khusus tempat beliau berkhimat kelak belum ditentukan lagi. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada beliau.

Semasa beliau menjawat jawatan sebagai Setiausaha Kehormat Persatuan, beliau telah banyak menyumbangkan khidmat bakti beliau dalam memertabatkan profesion rekod perubatan ini. Jasa dan budi beliau amat tinggi nilainya, semoga Allah swt jua le yang akan membalasnya kelak.

Harapan kami, walaupun jauh nun di utara sana, diharapkan beliau akan terus menyumbangkan khidmat bakti beliau bagi kesinambungan perjuangan dan misi persatuan yang masih panjang dan belum selesai.


Berita dari Presiden

April 22, 2009

1. Pemurnian Modul Latihan Case Mix

Bertempat di Bilik Mesyuarat 4, Lobby Blok E1, Parcel E, KKM, Putrajaya akan diadakan Permurnian ModulLatihan Case Mix selama 2 hari pada 7hb Mei hingga 8hb Mei 2009.

Semua anggota yang telah menghadiri Kursus Case Mix di HUKM (Training of Trainer -TOT)pada tahun lepas adalah disenaraikan sebagai peserta.

Modul Latihan dibahagikan kepada 3 modul iaitu:-
Modul Latihan Sistem Case-Mix – Diagnosis Coding
Modul Latihan Sitem Case-Mix – Procedure Coding
Modul Latihan Sistem Case-Mix – Case-Mix System

2. Kursus Asas Rekod Perubatan

Pihak KKM (Bhg. Perkembangan Perubatan) merancang untuk mengadakan sebanyak 4 siri Kursus Asas Rekod Perubatab bagi tahun ini.

Siri 1/2009 telah diadakan pada 24 Mac sehingga 27 Mac 2009 di Resort Teluk Dalam, Pulau Pangkor, Perak.

Siri 2/2009 akan diadakan di Hotel Palace, Kota Kinabalu pada 12 Mei hingga 15 Mei khusus bagi anggota rekod perubatan yang bertugas di Sabah dan Sarawak.

Siri 3/2009 dan Siri 4/2009 dijangkakan adakan diadakan pada bulan Jun dan Julai 2009.

Kepada anggota-anggota yang sedang berkhidmat di Jabatan/Unit Rekod Perubatan yang masih belum menghadiri sebarang kursus asas sepanjang berkhidmat dalam bidang ini hendaklah menghubungi Bhg. Perkembangan Perubatan bagi memastikan anda tidak tercicir dari menghadiri kursus ini.

3. Pemurnian Soalan PTK
Seramai 5 orang anggota Rekod Perubatan sedang menghadiri Permurnian Soalan PTK bermula dari 20hb April sehingga 24hb April 2009 di Hotel Corus, Port Dickson. Mereka adalah :-
En. Azmi Ibrahim, Pn. Zarimah Jaafar, En. Rosdi Ibrahim, Pn. Mariani Hamid dan Pn. Jamaliah Ali.