Respon dari Presiden

Mei 27, 2009

Terima kasih saya ucapkan kepada penghantar email diatas keperihatinan terhadap Persatuan Rekod Perubatan ini.

Terima kasih juga kerana telah pun menjadi ahli Persatuan Rekod Perubatan.

Saya memang amat memerlukan cadangan dan pandangan dari semua ahli persatuanh untuk membantu saya dalam membawa Persatuan Rekop Perubatan ke Mercu Pandangan mata Organisasi lain, sekiranya ahli-ahli persatuan yang lain mempunyai sebarang idea dan aktiviti, ianya amat dialu-alukan. Dapat kiranya idea dan aktiviti dipanjangkan kepada exco persatuan untuk diperbincangkan.

Untuk makluman ahli persatuan, pada 11-12/6/2009 Persatuan akan memulakan satu kertas kerja untuk menaiktarafkan perkhidmatan rekod perubatan. Ini juga adalah merupakan agenda utama Persatuan Rekod Perubatan.

Sebagai Presiden Persatuan Rekod Perubatan yang masih mentah diarena ini saya memerlukan sedikit masa untuk mencari tapak dan menjalankan tanggungjawab ini. Saya berharap semua ahli persatuan dapat membantu bergading bahu bersama saya untuk menjadikan persatuan kita ini sebagai persatuan yang yang dapat membantu dan meningkatkan taraf perkhidmatan rekod perubatan.

Persatuan Rekod Perubatan adalah Hak milik seluruh ahlinya dan ianya bukan hak milik perseorangan.

Sekian terima kasih

Siti Hajar Baharim
Presiden Persatuan Rekod Perubatan.

Advertisement

Email dalam mailbox

Mei 27, 2009

Hai..
Selamat pertengahan tahun kepada semua staff rekod seluruh Malaysia. Cadangan saya semoga laman ini diwarwarkan kepada semua ahli khasnya dan bukan ahli amnya… saya telah menyertai persatuan ini pada tahun 2008 dan pada pemerhatian saya, tiada sebarang aktiviti yang dijalankan atau saya yang terlepas pandang. Saya minta maaf sekiranya agak terkasar bahasa tapi sebagai salah seorang ahli persatuan ini saya benar-benar berharap agak persatuan ini terus aktif ke hadapan dan bukan sekadar nama sahaja


Jawapan kepada email Pn. Siti Noraini

Mei 27, 2009

Assalamulaikum Puan Siti Noraini,

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian puan, untuk menyertai Persatuan Rekod Perubatan. Untuk makluman puan, Persatuan Rekod Perubatan adalah persatuan yang ahlinya terdiri dari Pen.Pegawai Tadbir dan Pegawai Tadbir Rekod Perubatan. Untuk berkongsi idea saya selaku Presiden Persatuan Rekod Perubatan mengalukan cadangan puan itu ,sebagai penjawat perkhidmatan rekod perubatan perkongsian idea ini memang amat digalakan,dan saya berharap dapat terus berhubung dengan pn terutama dalam perkara yang berkaitan dengan bidang perkhidmatan rekod perubatan.

Sekian terima kasih

Siti Hajar Baharim
Presiden
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia
Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysi.
0388831140/0175267896


Email daripada Pn. Siti Noraini Mohd Tobi

Mei 22, 2009

Salam, Saya merupakan seorang pensyarah UiTM mengajar di dalam bidang pentadbiran kesihatan khusus menjurus kepada bidang pengurusan rekod perubatan.

Sukacita saya apabila terjumpa laman web Persatuan Rekod Perubatan Malaysia (PRPM) ini. Sekadar ingin bertanya bolehkah saya menjadi ahli kerana saya berminat untuk berkenalan dengan semua ahli dan boleh bertukar-tukar pengalaman dengan senior-senir lama di dalam bidang ini? Disamping itu saya juga berminat untuk mengikuti kursus-kursus di dalam bidang ini cuma masalahnya sukar saya mencari kursus tersebut. Diharapkan kepada ahli-ahli PRPM jika sudi berkongsi info dengan saya dapatlah saya menyertai program tersebut. Sekian, terima kasih.

Email ini telah saya panjangkan ke Presiden dan juga Exco-exco Persatuan. Insya Allah, jawapan yang diberikan akan dipaparkan pada artikel-artikel yang berikutnya.