Nak join PRPM

Jun 21, 2009

Salam..

Kalau saya bukan staf ataupun kakitangan bahagian rekod atau pun saya bukan kakitangan kerajaan tapi berminta menyertai keahlian persatuan rekod perubatan ni boleh tak?

Tujuannya sebagai pengalaman dan bertukar-tukar pendapat antara staf2 badan kerajaan & bukan kerajaan.

Terima kaseh.

Jamil Bin Naim
E-mel : sherlock_jamil@yahoo.com

Advertisement

PTD-CPK

Jun 18, 2009

Melalui mesyuarat bersama Ketua-ketua Profesion Sains Kesihatan Bersekutu (Allied Health Profession), profesion rekod perubatan juga dicadangkan menjalankan PTD-CPK ini.

Untuk itu, bagi mengetahui apa itu PTD-CPK anda bolehlah klik disini http://www.scribd.com/doc/16537764/PTKCPD-Mei-2009 atau diruang pautan dibawah folder 1356 (Apa yang anda perlu tahu mengenai PTD-CPK), manakala mengenai PTD-CPK bagi profesion rekod perubatan pula anda bolehlah klik disini http://www.scribd.com/doc/16537764/PTKCPD-Mei-2009 atau diruang pautan dibawah folder 1356 (CPD Log Book for MRO & AMRO).


Kursus Asas Rekod Perubatan 3/2009

Jun 17, 2009

Seri Malaysia

Seri Malaysia


Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), KKM akan menganjurkan Kursus Asas Rekod Perubatan siri 3/2009 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu pada 23 Jun sehingga 26 Jun 2009.

Peserta-peserta kursus adalah terdiri daripada Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41, Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N27 dan Pembantu Tadbir N17 yang sedang berkhidmat di Jabatan/unit Rekod Perubatan yang masih belum lagi menghadiri kursus asas sepanjang perkhidmatan mereka di bidang rekod perubatan ini.

Kursus kali ini adalah siri ke 3 dimana siri 1 dan ke 2 masing-masing telah diadakan di Pulau Pangkor, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Pihak BPP merancang untuk mengadakan sebanyak 4 siri kursus asas rekod pada tahun ini. Destinasi seterusnya masih dalam perancangan dan akan dimaklumkan apabila mendapat kelulusan.


Al-Fatihah

Jun 17, 2009

Al-Fatihan

Al-Fatihan


Takziah diucapkan daripada semua ahli Persatuan Rekod Perubatan kepada Pn. Siti Aishah binti Abdullah, Penolong Pegawai Rekod Perubatan N27, Hospital Kepala Batas di atas pemergian bonda tercinta pada pagi 15 Jun 2009.

Pn. Siti Aishah tiada disisi bondanya semasa beliau menghembuskan nafas terakhirya di Hospital Kepala Batas kerana menghadiri kursus ‘Train for Trainer’ bagi ICD 10 yang dianjurkan oleh Pusat Informatik Kesihatan (PIK), KKM di Melaka.

Pn. Siti Aishah adalah merupakan satu-satunya anak allahyaramah. Semasa pemergian beliau ke Melaka, allahyaramah hanya mengalami sakit-sakit biasa dan deman.

Jenazah allahyaramah telah selamat disemadikan di tanah perkuburan di Alor Setar.

Al-fatihan untuk allahyaramah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama para syuhadah.

Kepada Pn. Siti Aishah, moga beliau tabah dengan dugaan dan dapat menerima ketentuan Illahi ini dengan redha.


Skim Perkhidmatan Bersepadu

Jun 14, 2009

Sekadar untuk pembacaan ahli PRPM. Adakah Skim Perkhidmatan Bersepadu bagi Pen. Peg. Pendaftaran ini boleh dipanjangkan ke Skim Perkhidmatan Pen. Peg. Rekod Perubatan?

JPA(BPO)(S)324/14/34-1 Klt. 3 (4) No. Siri :
KERAJAAN MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2008
__________________________________
SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN/PEGAWAI PENDAFTARAN

TUJUAN
Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan kerajaan mengenai perubahan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27, KP32, KP38 yang telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 kepada skim perkhidmatan bersepadu Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP27, KP32, KP38, KP41/KP42, KP44, KP48, KP52, KP54.

LATAR BELAKANG
Kerajaan telah bersetuju supaya skim perkhidmatan Penolong Pegawai Pendaftaran diubah selaras dengan perubahan tugas dan hasrat kerajaan untuk memantapkan lagi pengurusan organisasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan Pendaftaran bagi memenuhi aspirasi rakyat dan negara masa kini. Dalam merealisasikan agenda utama Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) untuk melahirkan tenaga
manusia yang kompeten dan berpengetahuan serta mempertingkatkan peluang kerjaya perkhidmatan Pendaftaran, kerajaan bersetuju mewujudkan skim perkhidmatan bersepadu Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran.

SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU PENOLONG PEGAWAI
PENDAFTARAN/PEGAWAI PENDAFTARAN
Skim perkhidmatan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27, KP32, KP38 yang berkuat kuasa diubah menjadi skim perkhidmatan bersepadu seperti berikut:
(a) pindaan gred skim perkhidmatan kepada Gred KP27, KP32, KP38,
KP41/KP42, KP44, KP48, KP52, KP54;
(b) syarat lantikan di Gred KP27 dikekalkan iaitu memiliki Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) atau diploma dalam bidang pentadbiran
awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan;
(c) syarat lantikan di Gred KP41 adalah ijazah sarjana muda atau ijazah
sarjana muda kepujian atau ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(d) perbekalan kenaikan pangkat bagi pegawai di Gred KP27 atau Gred KP32 ke Gred KP42 adalah tertakluk kepada memiliki kelayakan di peringkat ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana muda kepujian atau ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan syarat-syarat kenaikan pangkat lain seperti yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan; dan
(e) perbekalan kenaikan pangkat bagi pegawai di Gred KP38 ke Gred KP42 adalah tertakluk kepada syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.

Mulai tarikh kuat kuasa skim perkhidmatan ini, semua lantikan sebagai Penolong Pegawai Pendaftaran dan Pegawai Pendaftaran hendaklah menggunakan skim perkhidmatan bersepadu Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP27, KP32, KP38, KP41/KP42, KP44, KP48, KP52, KP54 dan syarat lantikan yang ditetapkan
hendaklah dipatuhi.

PELAKSANAAN
Semua pegawai dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Pendaftaran yang telah dilantik secara tetap adalah layak ditukar lantik ke skim perkhidmatan bersepadu Penolong Pegawai Pendaftaran/ Pegawai Pendaftaran yang baru mengikut gred-gred seperti berikut:
(a) Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27 akan ditukar lantik ke Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27;
(b) Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP32 akan ditukar lantik ke Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP32; dan
(c) Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP38 akan ditukar lantik ke Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP38.

Dengan pelaksanaan skim perkhidmatan bersepadu ini, tugas-tugas operasi Jabatan Pendaftaran Negara seperti urusan kad pengenalan, kewarganegaraan, perkahwinan, perceraian dan anak angkat akan hanya dilaksanakan oleh perkhidmatan Pendaftaran.

Ketua jabatan hendaklah menghubungi Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mewujudkan jawatan-jawatan baru di bawah skim perkhidmatan bersepadu Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP41/KP42, KP44, KP48, KP52, KP54 secara tukar ganti dengan jawatan Pegawai Tadbir
dan Diplomatik yang berkaitan mengikut keperluan dan kesesuaian.

PEMBERIAN OPSYEN
Dengan berkuat kuasanya skim perkhidmatan bersepadu Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran, Pihak Berkuasa Melantik melalui ketua jabatan/ perkhidmatan akan menawarkan opsyen pertukaran pelantikan kepada Penolong Pegawai Pendaftaran bagi membolehkan pegawai membuat pilihan. Pegawai yang bersetuju
menerima opsyen akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan bersepadu Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP27, KP32, KP38, KP41/KP42, KP44, KP48, KP52, KP54. Pilihan yang dibuat adalah muktamad.

Pegawai yang terlibat diberi tempoh selama 30 hari mulai tarikh surat tawaran opsyen dikeluarkan untuk membuat pilihan sama ada menerima atau menolak tawaran ini. Pegawai yang tidak membuat sebarang opsyen atau gagal mengembalikan borang opsyen dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebab yang munasabah atau membuat opsyen dengan bersyarat akan dianggap sebagai telah menolak tawaran untuk ditukar lantik ke skim perkhidmatan bersepadu ini. Mereka akan kekal dalam skim perkhidmatan dan gred jawatan asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

Tawaran opsyen ini hanya diberi kepada pegawai yang bertaraf tetap, termasuk mereka yang masih dalam tempoh percubaan serta berada dalam Sistem Saraan Malaysia.

Tawaran opsyen ini juga hendaklah diberi kepada pegawai tetap yang berada dalam keadaan berikut:
(a) dipinjamkan atau ditukarkan sementara;
(b) bercuti;
(c) tidak hadir bertugas semasa opsyen dikeluarkan dan berkuat kuasa;
(d) dalam proses tindakan tatatertib; dan
(e) sedang menjalani hukuman tatatertib selain daripada hukuman buang kerja.

Pegawai yang sedang dalam proses tindakan tatatertib, jika sabit kesalahannya dan dijatuhi hukuman buang kerja dalam tempoh opsyen, maka tawaran opsyen tersebut akan terbatal dengan sendirinya.

Sekiranya surat tawaran opsyen tidak dapat disampaikan dalam tempoh opsyen asal, termasuk kepada pegawai yang berada dalam keadaan seperti di perenggan 12, Pihak Berkuasa Melantik boleh menawarkan surat tawaran opsyen dengan memberikan tempoh
yang sama (30 hari) untuk membolehkan pegawai membuat pilihan walaupun tempoh opsyen asal telah tamat.

Pegawai lantikan sementara/kontrak/sambilan adalah tidak terlibat dalam urusan pemberian opsyen ini.

KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Penolong Pegawai Pendaftaran

Kaedah penetapan gaji permulaan bagi pertukaran pelantikan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27, KP32, KP38 ke skim perkhidmatan bersepadu Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP27, KP32, KP38, KP41/KP42, KP44, KP48, KP52, KP54 ditetapkan seperti berikut:
(a) Penolong Pegawai Pendaftaran yang belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan hendaklah ditawarkan mata gaji tertinggi berhampiran dengan mata gaji akhir di gred jawatan asal di Peringkat 1(P1) gred jawatan baru;
(b) Penolong Pegawai Pendaftaran yang telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan hendaklah ditawarkan mata gaji tertinggi berhampiran dengan mata gaji akhir di gred jawatan asal mengikut Peringkat (P) gaji masing-masing di gred jawatan baru yang mana jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred jawatan asal. Jika mata gaji di Peringkat (P) gred jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip di atas, gaji boleh ditetapkan di Peringkat (P) berikutnya; dan
(c) jika mata gaji di gred jawatan baru tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip-prinsip di atas, maka Jadual Gaji KUP hendaklah dipohon daripada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Secara terperinci penetapan gaji permulaan bagi Penolong Pegawai Pendaftaran yang ditukar lantik ke skim perkhidmatan bersepadu Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran bagi setiap gred adalah seperti berikut:
(a) Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27 yang belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa tawaran pelantikan hendaklah ditawarkan mata gaji tertinggi berhampiran dengan mata gaji akhir di gred jawatan asal di Peringkat 1(P1) Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27 baru;
(b) Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27 yang telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan hendaklah ditawarkan mata gaji tertinggi berhampiran dengan mata gaji akhir di gred jawatan asal mengikut Peringkat (P) gaji di gred jawatan baru Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27 yang mana jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred jawatan asal. Jika mata gaji mengikut Peringkat (P) berkenaan tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip ini, gajinya boleh ditetapkan di Peringkat (P) berikutnya;
(c) Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP32 hendaklah ditawarkan mata gaji tertinggi berhampiran dengan mata gaji akhir di gred jawatan asal mengikut Peringkat (P) di gred jawatan baru Penolong Pegawai
Pendaftaran Gred KP32 yang mana jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred jawatan asal. Jika mata gaji mengikut Peringkat (P) berkenaan tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip ini, gaji boleh ditetapkan di Peringkat (P) berikutnya; dan
(d) Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP38 hendaklah ditawarkan mata gaji tertinggi berhampiran dengan mata gaji akhir di gred jawatan asal mengikut Peringkat (P) di gred jawatan baru Penolong Pegawai
Pendaftaran Gred KP38 yang mana jumlahnya tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred jawatan asal. Jika mata gaji mengikut Peringkat (P) berkenaan tidak dapat menampung gaji permulaan yang ditetapkan mengikut prinsip ini, gaji boleh ditetapkan di Peringkat (P) berikutnya.

Pegawai yang gaji akhirnya tidak dapat ditampung oleh mata gaji mengikut kaedah di perenggan 18 di atas, maka Jadual Gaji KUP hendaklah dipohon daripada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
Pergerakan gaji tahunan di gred jawatan asal yang sepatutnya diterima oleh pegawai dalam tahun pertukaran pelantikan dikuatkuasakan hendaklah diberikan di gred jawatan baru.

TARIKH PERGERAKAN GAJI
Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) asal bagi Penolong Pegawai Pendaftaran yang terlibat dalam urusan ini hendaklah diubah kepada satu TPG baru pada tahun berikutnya selepas pelaksanaan pertukaran pelantikan. TPG baru ialah pada 1 Julai tahun berikutnya.

ELAUN DAN KEMUDAHAN
Pelaksanaan skim perkhidmatan bersepadu Penolong Pegawai
Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran ini tidak melibatkan perubahan kepada kaedah penetapan elaun dan kemudahan yang sedia ada. Elaun dan kemudahan yang diperuntukkan adalah terus berkuat kuasa di bawah skim perkhidmatan ini.

Penolong Pegawai Pendaftaran yang ditukar lantik atau lantikan baru bagi skim perkhidmatan bersepadu Penolong Pegawai Pendaftaran/ Pegawai Pendaftaran akan menerima elaun dan kemudahan mengikut pekeliling perkhidmatan/surat pekeliling perkhidmatan/surat edaran yang berkuat kuasa.

KAEDAH PELAKSANAAN OPSYEN
Bagi melaksanakan urusan ini, Pihak Berkuasa Melantik, ketua
jabatan/perkhidmatan dan pegawai yang terlibat hendaklah mematuhi kaedah-kaedah yang ditetapkan seperti berikut:
(a) Pihak Berkuasa Melantik
Menawarkan opsyen pertukaran pelantikan kepada pegawai yang terlibat melalui ketua jabatan setelah mendapat butiran nama pegawai yang terlibat daripada ketua jabatan/perkhidmatan.
(b) Ketua Jabatan/Perkhidmatan
(i) mengemukakan senarai nama pegawai yang terlibat dalam urusan
pertukaran pelantikan kepada Pihak Berkuasa Melantik;
(ii) menyampaikan surat tawaran opsyen kepada pegawai yang terlibat
dan memberi penjelasan secara terperinci mengenai opsyen
kepada pegawai yang terlibat dan implikasi keputusan yang
dibuat;
(iii) mengemaskinikan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti
pegawai yang terlibat; dan
(iv) melaksanakan pekeliling perkhidmatan ini dalam tempoh enam (6)
bulan dari tarikh ianya dikeluarkan dan melaporkan kepada
Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam
mengenai status pelaksanaannya.
(c) Pegawai Yang Ditawarkan Opsyen
(i) membaca dengan teliti dan memahami opsyen sebelum membuat
keputusan. Jika terdapat sebarang keraguan, pegawai hendaklah
merujuk kepada ketua jabatan/perkhidmatan untuk mendapat
penjelasan selanjutnya. Opsyen yang dibuat adalah muktamad;
(ii) melengkapkan dua (2) salinan borang opsyen iaitu satu (1) salinan
untuk disimpan oleh ketua jabatan/perkhidmatan manakala satu (1)
salinan lagi disimpan oleh pegawai berkenaan; dan
(iii) membuat pilihan dan mengembalikan borang opsyen dalam tempoh
30 hari mulai tarikh surat tawaran.

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
Penolong Pegawai Pendaftaran yang ditukar lantik ke skim perkhidmatan bersepadu Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran ke gred-gred yang berkenaan, boleh mengguna pakai kelulusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) di gred jawatan asal sebagai memenuhi salah satu syarat untuk dipertimbangkan Anjakan Gaji dan/atau kenaikan pangkat berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa. Selain daripada itu, Penolong Pegawai Pendaftaran yang telah melepasi tahap kecekapan yang diperlukan bagi mana-mana komponen PTK atas gred jawatan asal tidak perlu menduduki
semula komponen berkenaan. Sebaliknya pegawai hanya perlu menduduki mana-mana komponen PTK yang belum melepasi tahap kecekapan yang ditetapkan di gred jawatan baru.

TARIKH KUAT KUASA
Tarikh kuat kuasa skim perkhidmatan bersepadu Penolong Pegawai
Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran Gred KP27, KP32, KP38, KP41/KP42, KP44, KP48, KP52, KP54 ialah mulai 1 Julai 2008.

PEMAKAIAN
Dengan berkuatkuasanya pekeliling perkhidmatan ini, maka skim perkhidmatan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27, KP32, KP38 yang berkuat kuasa pada 1 November 2002 melalui Lampiran B, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 masih kekal untuk menampung pegawai yang belum memenuhi syarat yang ditetapkan di
perenggan 3 dan pegawai yang menolak opsyen pertukaran pelantikan ini.


Kursus Latihan Case-mix 1/2009 – Diagnosis Coding

Jun 14, 2009

Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), KKM akan memulakan siri Kursus Latihan Sistem Case-mix kepada Pegawai-pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) dan Pegawai Perubatan mulai Julai 2009.

Kursus yang pertama dijangka akan diadakan pada 21 sehingga 24 Julai 2009 bertempat di Hotel Residence, UNITEN, Kajang. Kursus ini adalah untuk kumpulan Pegawai-pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) seramai 20-25 orang, terutamanya dari 6 buah hospital yg akan memulakan Sistem Case-mix.


Email lepasan Ijazah Pengurusan Rekod

Jun 14, 2009

Salam,

Saya pelajar UiTM Puncak Perdana, Shah Alam dan baru tamat belajar dalam Ijazah Pengurusan Rekod. Sekarang saya sedang mencari peluang pekerjaan untuk mencari pengalaman bekerja. Saya tertarik dengan Persatuan Rekod Perubatan Malaysia yang berusaha untuk dikenali oleh organisasi lain dan mahu meningkatkan perkhidmatan rekod perubatannya. Sebagai salah seorang pelajar dari jurusan pengurusan rekod, saya amat kagum dan terkejut kerana wujudnya persatuan ini. Untuk pengetahuan, tidak ramai yang sedar kewujudan jurusan pengurusan rekod ini dan banyak organisasi yang tidak mengamalkan sistem pengurusan rekod yang sistematik. Matlamat persatuan ini untuk dikenali ramai amat saya sokong dan ini adalah satu tindakan yang baik supaya semua organisasi mengamalkan pengurusan rekod yang baik untuk memelihara rekod-rekod yang penting untuk masa hadapan.

Semasa di semester 6, saya telah mengambil subjek ‘Management of Medical Record’ dan belajar tentang ICD 10. Sekarang saya berminat untuk menambah pengetahuan tentang bidang ini dan ingin mencari pengalaman bekerja di bahagian rekod perubatan. Saya juga ingin meminta jasa baik, untuk membantu saya mendapatkan pekerjaan dalam bidang ini. Di sini saya sertakan resume sebagai rujukan. Saya ada terbaca diwebsite persatuan mengenai beberapa kekosongan jawatan di beberapa hospital di pahang, saya cuma mahu mencuba nasib untuk jawatan itu supaya saya dapat menambah pengetahuan dalam bidang ini dan seterusnya dapat meningkatkan perkhidmatan rekod perubatan. Saya juga akan mengisi borang untuk jawatan penolong pegawai rekod perubatan di dalam SPA. Semoga Persatuan Rekod Perubatan Malaysia berjaya mencapai objektifnya dan dikenali umum. Segala jasa encik amat saya hargai.

yusoff_dilla@yahoo.com


PTK-CPD Anggota Rekod KKM

Jun 14, 2009

Pada 11 Mei sehingga 13 Mei 2009 yang lalu, satu mesyuarat ‘Allied Health Profession (AHP)‘ (Ketua-ketua Profesyen Sains Kesihatan Bersekutu) telah di adakan di Institute Pengurusan Kesihatan (IPK), Jln Bangsar. Beberapa perkara telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut. antaranya ialah:

1) PTK-CPD 100% telah dicadangkan dimana penilaian dibuat berdasarkan aktiviti yang akan diberi kredit (Kredit Points).
2)Bagi Melaksanakan CPD ini Takwin untuk perkhidmatan rekod perubatan perlu diadakan .
3)Beberapa perkara juga telah diminta oleh Pengarah AHP iaitu:

a)Definasi Program Rekod:
b)Code of Ethics Rekod:
c)Standard Of Procedure Rekod:

Oleh itu saya berharap pihak tuan/puan dapat bersama-sama berkongsi maklumat darihal ketiga-tiga perkara diatas dan memberi maklumbalas ini kepada saya selewatnya pada 5 Jun 2009.

Maklumbalas ini amat penting bagi mempertingkatkan perkhidmatan rekod perubatan dimasa akan datang.

Presiden PRPM