EXCO PPRM 2008-2009
Presiden – Pn Siti Hajar Baharim (BPP, KKM)
Naib Presiden – En Mohd Isa Abdullah (HTAR, Klang)
Setiausaha – Pn. Zarimah Jaafar (BPP, KKM)
Penolong Setiausaha – En. Ramli Mohamad (Hosp Kuala Berang)
Bendahari – Tn Hj. Ibrahim ARiffin (HKL)
Wakil Zon Tengah – Pn. Kamsiah Nawi (PIK, KKM)
Wakil Zon Utara – En. Hilmi Harun (JKN, Kedah)
Wakil Zon Selatan – Tn. Hj Lokman Dasuki (JKN, Johor)
Wakil Zon Timur – En. Wan Rozain Wan Said (HTAA, Kuantan)
Wakil Zon Sabah – En. Mazlan Majid (Hosp. Queen Elizabeth)
Wakil Zon Sarawak – En. Asri Bujang (Hosp. Miri)
Juru Audit – Pn. Kasinah Bidin (PIK, KKM) & En. Rosdi Ibrahim (HRPZII, Kota Bahru).
Senarai Ahli PRPM Mengikut Negeri
Perlis Indera Kayangan
Kedah Darul Aman
Pulau Pinang
Perak Darul Riduan
Selangor Darul Ehsan
Negeri Sembilan Darul Khusus
Melaka Bandaraya Bersejarah
Johor Darul Takzim
Pahang Darul Makmur
Terengganu Darul Iman
Kelantan Darul Naim
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Wilayah Persekutuan Labuan
Kepada barisan EXCO yang dihormati
Tahniah kerana berjaya mewujudkan saluran sebigini untuk perkhidmatan Rekod Perubatan. Sememangnya ini adalah satu langkah yang perlu dipuji dan menjadi suara yang kuat untuk memperjuangkan masa depan Perkhidmatan Rekod Perubatan.
Namun saya berasa agak terkilan kerana kewujudan website ini tidak pernah sampai ke pengetahuan saya sebagai salah seorang anggota dalam perkhidmatan ini ( saya yakin sebahagian besar anggota rekod yang lain juga tidak menyedari tentang wujudnya website ini). Mungkin saya yang ketinggalan atau memang tiada pengistiharan rasmi web ini, saya kurang pasti.
Saya mempunyai beberapa kemusykilan yang ingin saya kemukakan dan mohon jasa baik pihak EXCO untuk menjawab :
1. Sejak bila website ini wujud?
2. Adakah website ini terhad untuk ahli-ahli persatuan sahaja. Sekiranya ya, saya rasa ia patut lebih diketengahkan supaya lebih ramai ahli boleh menyertai dan menyuarakan pendapat.
3. Sekiranya tidak salah perkiraan saya, saya juga pernah menjadi ahli pada persatuan ini (tidak pasti sama ada telah luput keahlian), namun saya tidak pernah mendapat apa-apa perkembangan secara rasmi mengenai persatuan ini. Mohon penjelasan.
4. Sekiranya website ini bertujuan memperjuangkan misi Rekod Perkhidmatan, maka saya rasa penglibatan anggota dari setiap peringkat amat perlu untuk mengelakan adanya jurang pemikiran dan pendapat di antara anggota dan supaya kesepakatan dapat dicapai dalam menyuarakan sesuatu isu.
Saya amat berharap medium ini dapat memberikan kebaikan yang maksimum bukan saja kepada ahli persatuan tapi untuk Perkhidmatan Rekod Perubatan. Langkah pertama yang mungkin boleh diberi perhatian adalah mempromosikan ruangan ini supaya lebih ramai anggota yang dapat menilai keberkesanannya dan sekaligus mengumpul lebih ramai ahli persatuan.
Semoga pandangan dan persoalan yang saya ajukan mendapat sedikit perhatian dari barisan EXCO. Semoga kejayaan bersama kita semua. InsyaAllah.
Senarai Perjawatan 2009 yang dikeluarkan oleh Sumber Manusia KKM baru-baru ini tidak memberi impak yang besar kepada warga rekod perubatan, di mana jawatan PPT Rekod menunjukkan TIADA sama sekali jawatan N32 yang diluluskan untuk tahun 2009 berbanding 30 jawatan PPT N32 Eksekutif yang diwujudkan. Apa yang ada, hanyalah 20 jawatan N27 yang diluluskan.
Persoalannya di sini, apa akan jadi dengan kawan-kawan kita yang telah lama memegang jawatan N27? Jawapannya, “aku tunggu pencen ajelah…”
Apa pun, nasib Pembantu Tadbir (Rekod), nampak lebih baik pada tahun ini apabila 5 jawatan baru N26 dan 10 jawatan N22 diwujudkan selain 120 jawatan N17 yang baru. Cuma masih ada persoalan lagi yang perlu dijawab. Adakah jawatan N26 dan N22 Rekod ini akan diisi dari kalangan PT Rekod yang telah lama berkhidmat dalam Perkhidmatan Rekod Perubatan?
Jawapannya; hanya masa akan menentukan.