Jawatan Tambahan ABM 2009

Januari 23, 2009

Pewujudan jawatan tambahan melalui Anggaran Belanja
Mengurus tahun 2009 telah diluluskan melalui Waran
Perjawatan Perbendaharaan Bil. S2 Tahun 2009 bertarikh
14 November 2008 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009.

Senarai Perjawatan Tahun 2009, mengandungi butir-butir lanjut mengenai bilangan jawatan yang diluluskan dan
ditunjukkan di bawah Emolumen bagi Kementerian Kesihatan dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bagi tahun
2009.

PENOLONG PEGAWAI TADBIR (REKOD PERUBATAN) GRED N27
Bhg. Perancangan Dan Pembangunan (HIC) IPKKM 1
Hospital Tuanku Fauziah, Perlis 1
Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah 1
Hospital Pulau Pinang, P. Pinang 1
Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak 1
Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak 1
Hospital Serdang, Selangor 1
Hospital Ampang, Selangor 1
Hospital Selayang, Selangor 1
Hospital Sungai Buloh, Selangor 1
Hospital Tuanku Jaafar, N.Sembilan 1
Hospital Melaka, Melaka 1
Hospital Sultanah Aminah, Johor 1
Hospital Permai, Johor 1
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang 1
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan 1
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu 1
Hospital Kuala Lumpur, HKL 1
Hospital Umum Sarawak, Sarawak 1
Hospital Queen Elizabeth, Sabah 1
JUMLAH KESELURUHAN 20

PEMBANTU TADBIR (REKOD PERUBATAN) GRED N26
Hospital Sultanah Aminah ,Johor 1
Hospital Sungai Buloh, Selangor 1
Hospital Pulau Pinang, P.Pinang 1
Hospital Umum Sarawak, Sarawak 1
Hospital Queen Elizabeth, Sabah 1
JUMLAH KESELURUHAN 5

PEMBANTU TADBIR (REKOD PERUBATAN) GRED N22
Bhg. Perkembangan Perubatan IPKKM 1
Hospital Langkawi, Kedah 1
Hospital Seberang Jaya, P.Pinang 1
Hospital Sri Manjung, Perak 1
Hospital Sungai Buloh, Selangor 1
Hospital Segamat, Johor 1
Hospital Kuala Krai, Kelantan 1
Hospital Putrajaya, WPKL 1
Hospital Miri, Sarawak 1
Hospital Duchess Of Kent, Sabah 1
JUMLAH KESELURUHAN 10

PEMBANTU TADBIR (REKOD PERUBATAN) GRED N17
Hospital Kepala Batas (Unit TCM), P. Pinang 1
Hospital Putrajaya (Unit TCM), WPKL 1
Hospital Sultan Ismail (Unit TCM), Johor 1
Bhg. Perkembangan Perubatan (UnitTek. Bantuan Perubatan) IPKKM 1
Hospital Tuanku Fauziah, Perlis 2
Hospital Langkawi Kedah, 3
Hospital Kulim, Kedah 3
Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah 3
Hospital Seberang Jaya, P.Pinang 3
Hospital Pulau Pinang, P.Pinang 3
Hospital Bukit Mertajam, P.Pinang 3
Hospital Taiping, Perak 3
Hospital Sri Manjung, Perak 3
Hospital Slim River, Perak 3
Hospital Sungai Buloh, Selangor 3
Hospital Ampang, Selangor 3
Hospital Selayang, Selangor 3
Hospital Tuanku Najihah, N.Sembilan 3
Hospital Port Dickson, N.Sembilan 3
Hospital Tampin, N.Sembilan 3
Hospital Melaka, Melaka 3
Hospital Alor Gajah, Melaka 3
Hospital Jasin, Melaka 3
Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor 3
Hospital Segamat, Johor 3
Hospital Batu Pahat, Johor 3
Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Pahang 3
Hospital Kuala Lipis, Pahang 3
Hospital Cameron Highlands, Pahang 3
Hospital Kuala Krai, Kelantan 3
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan 3
Hospital Pasir Mas, Kelantan 3
Hospital Kemaman, Terengganu 3
Hospital Dungun, Terengganu 3
Hospital Besut, Terengganu 3
Hospital Duchess Of Kent, Sabah 3
Hospital Tawau, Sabah 3
Hospital Keningau, Sabah 3
Hospital Sri Aman, Sarawak 3
Hospital Miri, Sarawak 3
Hospital Sibu, Sarawak 3
Hospital Putrajaya, WPKL 3
Hospital Kuala Lumpur, HKL 3
JUMLAH KESELURUHAN 120

Maklumat lengkap mengenai perjawatan ini boleh didapati di:-
http://humanres.moh.gov.my/


Komentar dari En. Franky Naul (JKN, Sabah)

Januari 22, 2009

Ini adalah komentar yang diterima dari En. Franky Naul di ruangan Keahlian PRPM:-

Senarai Perjawatan 2009 yang dikeluarkan oleh Sumber Manusia KKM baru-baru ini tidak memberi impak yang besar kepada warga rekod perubatan, di mana jawatan Pen. Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) menunjukkan TIADA sama sekali jawatan bagi gred N32 yang diluluskan untuk tahun 2009 berbanding 30 jawatan PPT N32 Eksekutif yang diwujudkan. Apa yang ada, hanyalah 20 jawatan N27 yang diluluskan.

Persoalannya di sini, apa akan jadi dengan kawan-kawan kita yang telah lama memegang jawatan N27? Jawapannya, “aku tunggu pencen ajelah…”

Apa pun, nasib Pembantu Tadbir (Rekod), nampak lebih baik pada tahun ini apabila 5 jawatan baru N26 dan 10 jawatan N22 diwujudkan selain 120 jawatan N17 yang baru. Cuma masih ada persoalan lagi yang perlu dijawab. Adakah jawatan N26 dan N22 Rekod ini akan diisi dari kalangan PT Rekod yang telah lama berkhidmat dalam Perkhidmatan Rekod Perubatan?

Jawapannya; hanya masa akan menentukan.

Saya pun menanti-nanti senarai penuh perjawatan yang telah diluluskan bagi ABM 2009 untuk dipaparkan disini bagi memperincikan hospita-hospital yang mendapat jawatan tambahan tersebut.


Pensijilan Akreditasi oleh MSQH

Januari 22, 2009

Ini adalah senarai terkini hospital-hospital yang telah mendapat Pengiktirafan Akreditasi yang telah dijalankan oleh MSQH.

KEDAH
Hospital Baling
Hospital Kuala Nerang
Hospital Langkawi
Hospital Sik
Hospital Kulim

PULAU PINANG
Gleneagles Medical Centre
Lam Wah Ee Hospital
Loh Guan Lye Specialist Centre
Pantai Mutiara Hospital
Penang Adventist Hospital

PERAK
Hospital Bahagia
Hospital Changkat Melintang
Fatimah Hospital
Hospital Besar Ipoh
Ipoh Specialist Hospital
Hospital Kampar
Hospital Parit Buntar
Hospital Seri Manjung
Hospital Slim River
Hospital Sungai Siput
Hospital Tapah
Hospital TEluk Intan

SELANGOR
Ampang Puteri Specialist Hospital
Assunta Hospital
Hospital Tengku Ampuan Jemaah
Hospital Tengku Ampuan Rahimah
Selangor Medical Centre
Subang Jaya Medical CEntre
Sunway Specialist Centre
Damansara Specialist Hospital

WILAYAH PERSEKUTUAN
Gleneagles Intan Medical Centre
Gleneagles Oncology Centre
Hospital Kuala Lumpur
National Heart Institute
Pantai Medical Institute

NEGERI SEMBILAN
Hospital Jelebu
Hospital Kuala Pilah
Hospital Port Dickson
Hospital Tampin
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban
Hospital Kuala Pilah

MELAKA
Pantai Medical Centre Ayer Keroh

JOHOR
Hospital BAtu Pahat
Johor Specialist Hospital
Hospital Kota Tinggi
Hospital Segamat
Hospital Sultanah Fatimah Muar
Hospital Tangkak
Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai

PAHANG
Hospital Bentong
Hospital Jerantut
Hospital Kuala Lipis
Hospital Raub
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

KELANTAN
Hospital Kuala Krai
Hospital Machang
Hospital Pasir Mas
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru
Hospital Tanah Merah
Hospital Tengku Anis
Hospital Tumpat

TERENGGANU
Hospital Besut
Hospital Dungun
Hospital Hulu Terengganu
Hospital Sultanah Nuh Zahirah, Kuala Terengganu

SABAH
Hospital Beaufort
hospital Beluran
Hospital Keningau
Hospital Kota Marudu
Hospital Kudat
Hospital Mesra Bukit Padang
Hospital Seipitang
Hospital Tambunan
Hospitl Tenom
Hospital RAnau
Hospital Kota Belud

SARAWAK
Hospital Bintulu
Normah Medical Sepcialist Hospital
Hospital Miri
Hospital Sibu
Hospital Serian

dipetih dari : MSQH Update, 9th Issue 2007/2008


Sistem Pengurusan Pesakit (SPP)

Januari 21, 2009

Maklumat terkini yang diterima, HTAA akan menerima Sistem Pengurusan Pesakit (SPP). Bahagian Perkembangan Perubatan KKM selaku penyelaras Program Perubatan telah bersetuju untuk memperluaskan perlaksanaan Sistem Pengurusan Pesakit (SPP) yang sedang dijalankan secara perintis di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJS) dan Hospital Port Dickson (HPD) Negeri Sembilan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (HTAA) pada tahun 2009 bagi menggantikan Sistem Pengurusan Pesakit Dalam (SPPD) yang telah beroperasi di HTAA sejak tahun 1995.

Justeru itu, bagi merealisasikan perancangan perlaksanaan perluasaan SPP ini, Pengurusan Projek SPP KKM yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM/BTMK) akan mengadakan satu taklimat kepada pihak pengurusan hospital pada 29hb. Januari, 2009, bertempat di Auditorium Kompleks Rawatan Harian (ACC), HTAA jam 2.30 petang.

Taklimat ini bertujuan memberi penerangan mengenai skop liputan SPP, fungsi-fungsi dan proses yang terlibat di samping mengadakan juga ‘system walkthrough’ supaya pihak hospital mendapat gambaran sebenar agar dapat mengenalpasti keperluan perlaksanaan sistem SPP di lokasi.

Sasaran pengguna bagi SPP ini adalah para petugas wad-wad dan klinik-klinik, Jabatan Rekod, Sajian Makanan, Unit Hasil dan unit-unit yang terlibat dalam pengurusan pesakit.


Permasalah semasa Taklimat e-notis

Januari 20, 2009

Hasil daripada taklimat yang telah diberikan oleh pihak Kawalan Penyakit, KKM dan pihak BTMK pada Taklimat enotifikasi peringkat JKN Pahang, ini adalah diantara isu yang telah dikemukakan:-

1. Senarai yang diinput notifikasi tidak sama dengan laporan 100, tetapi data tersebut wujud di database apabila proses carian dilakukan. Diperingkat PKD pula data tersebut dipaparkan pada laporan 100. Input di PKD pula tidak mengalami masalah seperti yang dialami diperingkat hospital, dimana nama pesakit yang dipindahkan juga dipaparkan di laporan 100.

Jawapan BTMK
Diperingkat hospital, kes pindah daerah akan mengakibatkan nama pesakit tidak dipaparkan pada laporan 100. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku (kes yang diinput oleh fasiliti, sepatutnya dipaparkan di laporan 100, fasiliti yang berkaitan). Masalah ini dalam tindakan BTMK.

2. Data diwujudkan sebagai 2 kes (‘duplicate’) sedangkan proses input notifikasi hanya dilakukan sekali sahaja.

Jawapan dari BTMK
Kes ini masih lagi berlaku dan dalam tindakan BTMK.

3. Kes diinput bagi 4 penyakit yang berbeza bagi seorang pesakit, dipaparkan keempat-empat kes tersebut diinput sebagai 1 kes.

Jawapan dari BTMK
Bagi kes ini, setelah semakan dibuat didapati pihak tuan telahpun pindahkan kes ke Rompin dan abai 3 rekod lagi. Mohon pihak hospital notify semula 3 kes yang berkenaan dan cetak senarai notifikasi setiap kali notify setiap penyakit. Sebelum key in, sila call Cik Mimi Nurakmal di talian 03-8838 3421 supaya BPM boleh memantau secara online. Pihak kami telah membuat simulasi tetapi hasilnya semua kes yang berkenaan tidak berubah diognosis.

4. a) Ruangan keturunan tidak dipaparkan (kosong) di peringkat PKD, sedangkan semasa proses input ruangan tersebut adalah ruangan mandatori.

b) Ruangan keturunan yang kosong tidak dapat diupdate diperingkat PKD.

Jawapan BTMK
Bagi kes keturunan yang tidak dapat dikemaskini sila kemukakan no pengenalan yang berkenaan untuk BPM kemaskini secara manual.

5. Kes warganegara asing tidak dapat diambil tindakan abai disebabkan masalah semasa tekan butang abai, mesej ‘input daerah diperlukan’ . Sedangkan kes tersebut bukan kes daerah yang berkaitan.

Jawapan BTMK
Setelah dirujuk kepada Dr Fuad, beliau menyarankan JKN melengkapkan alamat pesakit adalah alamat semasa pesakit tinggal di daerah yang berkenaan. Sama seperti kes keracunan makanan.

6. Bagi kes kemaskini status pesakit (hidup -> mati)

Jawapan BTMK
Mohon kemukakan beberapa no pengenalan yang berkenaan untuk BPM cuba kemaskini dipangkalan data eNotis. Hasil simulasi di server development semuanya ok. Tak dapat detect masalah.


Peruntukan Pakej Ransangan Ekonomi

Januari 20, 2009

Negeri Pahang telah menerima lebih daripada RM2 juta dari peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diperuntukan oleh kejaraan.

Hasil dari peruntukan tersebut Jab Rekod, HTAA telah menerima sedikit peruntukan bagi projek pengubahsuaian tempat simpanan kedua. Kerja-kerja perincian projek telah dilakukan bersama wakil SIHAT. Lawatan tapak juga telah dilakukan dan dalam sedikit masa lagi projek tersebut akan dijalankan.


Persidangan HIMSS PAC 2009

Januari 16, 2009

Bahagian Telekesihatan, KKM memohon pencalonan dari kalangan anggota KKM bagi menghadiri ‘Persidangan Healthcare Information and Management Systems Society (HIMSS) Asia Pacific 2009’ yang akan diadakan di ‘Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)’ pada 24 hingga 27 Februari 2009.

Yuran pendaftaran dan harian bagi simposia, bengkel serta persidangan akan dilakukan secara berpusat oleh Ibu Pejabat yang mana Bahagian Telekesihatan bertindak sebagai penyelaras manakala tuntutan elaun perjalanan, penginapan dan makan minum adalah dibawah tanggungjawab jabatan masing-masing.

Calon-calon yang diperlukan adalah mereka yang terlibat dalam inisiatif-inisiatif sistem pengurusan maklumat. Pegawai Teknologi Maklumat di JKN Negeri adalah bertindak sebagai penyelaras peserta di peringkat negeri.

Agihan peserta adalah seperti berikut :
JKN Negeri – 5 penyertaan
Hospital Negeri & Daerah Berpakar – 2 penyertaan
Hospital Daerah – 1 penyertaan

Maklumat lanjut, boleh layari :
http://www.himssasiapac.org/?src=hhpglb&cof=a


Amanat Tahun Baru YAB Menteri Kesihatan

Januari 14, 2009

Y. Bhg. Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.

Selamat pagi dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga Kementerian Kesihatan dan berharap semua berada dalam keadaan sihat. Tahun 2008 telah kita lalui dengan pelbagai peristiwa dan cabaran. Namun, dengan berkat usaha gigih dan kerjasama semua warga Kementerian, cabaran-cabaran tersebut telah berjaya kita tempuhi.

Dengan ini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua anggota Kementerian di pelbagai peringkat jawatan yang telah bersara sepanjang tahun 2008. Kita sama-sama mengharap dan mendoakan agar mereka semua diberikan kesihatan yang baik dan maju jaya dalam sebarang bidang yang bakal diceburi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Impak krisis kewangan global yang berlaku sejak tahun lepas telah mula membawa implikasi negatif kepada ekonomi negara. Walau bagaimanapun, ini tidak akan menjejaskan usaha murni Kerajaan melalui Bajet 2009 yang bertemakan ”Kerajaan Prihatin” untuk terus meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat. Ini jelas melalui peruntukan kepada Kementerian yang menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Bagi tahun 2009, Kementerian telah menerima peruntukan sebanyak RM13.7 bilion iaitu peningkatan sebanyak 6.3% berbanding tahun sebelumnya. RM11.4 bilion daripada peruntukan tersebut adalah untuk Perbelanjaan Mengurus manakala RM2.3 bilion adalah untuk Perbelanjaan Pembangunan. Dengan jumlah peruntukan yang besar itu, saya berharap semua pihak akan memastikan setiap perbelanjaan dibuat dengan cekap dan berhemat serta betul-betul memberikan faedah kepada rakyat.

Dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan, siling bagi projek Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK9) Kementerian telah dikurangkan sebanyak RM159.3 juta kepada RM10.02 bilion semasa Kajian Separuh Penggal RMK9. Berikutan pengurangan tersebut, bilangan projek telah dikurangkan kepada 1,031 daripada cadangan asal iaitu 1,643 projek. Sehingga tahun lepas, sebanyak 330 (32%) projek telah disiapkan dan dijangka 180 projek lagi akan dilaksanakan pada tahun ini dengan siling projek bernilai RM2.57 bilion. Saya berharap bahagian-bahagian yang terlibat akan mempergiatkan pelaksanaan semua projek bagi memastikan matlamat RMK9 tercapai.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dalam usaha untuk memastikan pesakit yang kurang berkemampuan juga mendapat akses kepada rawatan perubatan, seramai 2,078 orang pesakit telah diberi bantuan di bawah Tabung Bantuan Perubatan sehingga November tahun lalu dengan jumlah bantuan sebanyak RM21.9 juta. Dijangkakan seramai 3,000 orang pesakit bakal menerima bantuan pada tahun ini. Kementerian melalui tabung ini juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM315 ribu bagi menghantar 22 orang pesakit kanak-kanak untuk menjalani pembedahan jantung di Hospital Narayana, Bangalore, India dan semua telah pulang dengan selamatnya.

Selain itu, Kementerian juga telah memberikan bantuan sebanyak RM35.7 juta kepada badan-badan bukan Kerajaan (NGO) bagi melaksanakan aktiviti promosi/ pencegahan/ rawatan dan penjagaan pesakit. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM17.5 juta telah diberikan dalam bentuk bantuan subsidi rawatan hemodialisis yang melibatkan 2,864 orang pesakit manakala baki RM18.2 juta merupakan bantuan bagi menjalankan aktiviti/ program kesihatan dan juga bantuan capital grant kepada 51 NGO. Bagi tahun ini pula, sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan untuk tujuan yang sama di bawah peruntukan one-off sebagai tambahan kepada RM23.3 juta di bawah peruntukan dasar sedia ada.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Selaras dengan komitmen Kerajaan, Kementerian akan terus memberi penekanan kepada pembangunan modal insan. Ini adalah penting kerana kecemerlangan modal insan merupakan elemen dan aset terpenting dalam memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan cekap dan efisien. Bermula daripada sesi 2008/2009, Kementerian telah menambah bilangan pelatih Program Sarjana Perubatan daripada 450 kepada 600 orang sebagai salah satu langkah bagi mengatasi masalah kekurangan pakar perubatan di hospital-hospital Kementerian.

Dalam pada itu, Kementerian juga telah mewujudkan Integrated College Management System (ICMS) bagi meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan pengurusan di kolej-kolej latihan Kementerian Kesihatan. Sistem ini akan memudahkan dan mempercepatkan komunikasi dua hala antara kolej dan pihak Kementerian.

Dalam usaha untuk memperbaiki skim perkhidmatan anggota kesihatan pula, Kerajaan telah meluluskan penukaran lantikan Penolong Jururawat kepada Jururawat dan penukaran gelaran Pembantu Farmasi kepada Penolong Pegawai Farmasi. Kementerian juga sedang dalam usaha untuk menambahbaik kemajuan kerjaya Pegawai Perubatan dan mewujudkan Skim Pegawai Penyediaan Makanan.

Dari segi ganjaran dan elaun pula, Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan pemberian kenaikan Kadar Bayaran Insentif Klinik Selepas Waktu Pejabat Kepada Hospital dan Klinik, Elaun Elektif Kepada Anggota Yang Menjalankan Pembedahan Elektif Pada Hari Sabtu, kenaikan Kadar Elaun Perudara dan juga Kadar Bayaran Insentif Pakar. Pemanjangan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan Kepada Anggota-Anggota Yang Berkhidmat di Kawasan Pendalaman juga akan dilaksanakan dalam tahun 2009. Dengan penambahbaikan tersebut, saya berharap ia akan menjadi motivasi kepada semua anggota Kementerian untuk terus memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pada tahun lepas, situasi demam denggi adalah terkawal dan telah menunjukkan penurunan kadar kejadian dan jumlah kes berbanding tahun sebelumnya. Sejumlah 45,649 kes demam denggi telah dicatatkan sehingga 13 Disember lalu berbanding dengan 47,717 kes untuk tempoh yang sama pada tahun 2007. Kadar kejadian kes telah menurun daripada 160 kes per 100,000 penduduk pada tahun 2007 kepada 143 kes per 100,000 penduduk pada tahun 2008. Tahniah saya ucapkan kepada semua anggota terlibat dan berharap usaha berterusan akan dilakukan bagi memastikan negara ini bebas daripada wabak demam denggi. Untuk itu juga, Kementerian telah merangka satu Pelan Strategik Denggi Kebangsaan 2009–2013 bertujuan untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan denggi mendapat penglibatan semua stakeholders dan dilaksanakan dengan lebih sistematik dan terancang.

Selain penyakit berjangkit, penyakit kronik tidak berjangkit (Non-Communicable Disease atau NCD) seperti penyakit jantung, diabetes dan strok terus menjadi satu ancaman kesihatan yang serius di kalangan rakyat negara ini. Kini dianggarkan 1 dalam 10 penduduk dewasa Malaysia mengidap diabetes dan 1 dalam 3 penduduk dewasa Malaysia mengidap darah tinggi. Sehubungan itu, Kementerian sedang menyediakan Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Kronik Tidak Berjangkit bagi mengukuh dan memantapkan pelaksanaan program-program dan aktiviti-aktiviti pencegahan serta kawalan penyakit berkenaan. Dalam pada itu, usaha untuk memupuk amalan hidup sihat di kalangan masyarakat akan terus dipergiatkan melalui aktiviti promosi media massa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada tahun ini, Kementerian akan terus memperkukuh dan mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan kepentingan rakyat khususnya dalam aspek kesihatan adalah terpelihara. Saya amat berbangga dengan tindakan-tindakan yang diambil oleh anggota Kementerian berhubung isu pencemaran melamine dalam produk makanan. Berkat kecekapan dan usaha anggota Kementerian terlibat, isu tersebut berjaya ditangani dengan baik tanpa sebarang insiden yang buruk berlaku.

Pada tahun lepas, Kementerian juga telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Antaranya ialah kutipan hasil secara online di lapan buah hospital Kementerian Kesihatan di sekitar Lembah Klang. Pelaksanaan inisiatif ini membolehkan orang ramai membuat pembayaran bil hospital secara online melalui laman web bank RHB dan akan diperluaskan pelaksanaannya di peringkat Ibu Pejabat Kementerian pada tahun ini.

Kementerian juga telah melaksanakan penggunaan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (eGL) di semua 135 hospital Kementerian. Dengan adanya kemudahan ini, kakitangan Kerajaan hanya perlu mengemukakan nombor kad pengenalan semasa berurusan di hospital bagi tujuan pengesahan diri.

Selain itu, penggunaan Medical Practice Control System (MedPCs) bagi memproses pelbagai jenis permohonan secara online bagi kemudahan dan perkhidmatan kesihatan swasta telah dimulakan. Pada tahun ini, sistem tersebut akan dimantapkan lagi.

Dalam pada itu, berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari di tiga buah hospital integrasi, pada tahun ini Kementerian akan memperluaskan program perintis tersebut ke tiga lagi hospital iaitu di negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Saya juga berbangga dengan tahap pelaksanaan masa menunggu 30 minit di klinik-klinik kesihatan dan Jabatan Pesakit Luar Hospital Kementerian yang mana pencapaiannya telah menunjukkan peningkatan daripada kadar 46.1% kepada 70.5%. Namun, saya percaya masih ada lagi ruang untuk penambahbaikan dan berharap usaha berterusan akan dibuat oleh semua anggota Kementerian terlibat.

Dalam pada itu, sistem kaunter farmasi secara pandu masuk (drive-through) yang pertama di negara ini juga telah dilaksanakan di Hospital Pulau Pinang dan telah mendapat tempat kedua Anugerah Cemerlang bagi kategori Khidmat Pelanggan daripada Asian Hospital Management Awards di Manila, Filipina pada tahun lalu. Semoga pencapaian sebegini akan menjadi dorongan kepada anggota-anggota Kementerian untuk terus membuat penambahbaikan kepada cara dan proses kerja sedia ada bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Di kesempatan ini juga, saya ingin memaklumkan bahawa Kementerian akan melancarkan Kempen Penerapan Budaya Korporat di semua kemudahan kesihatan Kementerian Kesihatan dalam masa terdekat sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan imej dan mutu perkhidmatan kesihatan. Dengan moto “Kami Sedia Membantu”, adalah diharapkan kempen ini akan dapat menanam dan memupuk budaya kerja cemerlang di kalangan anggota Kementerian dan seterusnya membawa perubahan kepada mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Akhir kata, saya ingin menyeru kepada semua anggota Kementerian agar menanam azam baru bagi menghadapi cabaran yang bakal ditempuhi pada tahun ini dan terus memberikan kerjasama serta berusaha gigih dalam memastikan segala aktiviti yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.

Sekian, terima kasih.

dipetik dari http://mohcube.moh.gov.my/


Menjawab email Pn. Aintan

Januari 13, 2009

Terlebih dahulu jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn. Aintan di atas respon yang telah diberikan apabila melayari websites ini dan seterusnya terima kasih juga kerana tentunya Pn. Aintan telah meletakkan url websites ini di ‘favourites’ Pn. Aintan.

Maaf jua dipohon kerana, agak lambat respon terhadap persoalan-persoalan yang diutarakan. Bagi tidak menghampakan Pn. Aintan, saya selaku webmaster/pengarang bagi websites ini akan menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan.

1. Sejak bila website ini wujud?
Websites ini diwujudkan hasil dari rundingan Ahli Exco semasa mesyuarat ahli di Hotel A’Famosa, Melaka tempohari. Diantara resolusinya adalah mencari satu mekanisma bagi penyaluran maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti persatuan kepada ahli PRPM. Saya mengambil langkah proaktive dalam mengujudkan websites ini, walaupun tidak ada sebarang arahan daripada pihak ahli Exco memandangkan saya juga telah mempunyai pengalaman dalam mengujudkan blog peribadi saya. Maka pada tanggal 20-11-2008 yang lalu saya telah mendaftarkan url websites ini di server wordpress, maka wujudlah websites yang tak seberapa ini. Untuk pengetahuan, tiada kos yang terlibat dalam pendaftaran dan pengurusan web ini. Domainnya diberikan secara percuma.

2. Adakah website ini terhad untuk ahli-ahli persatuan sahaja. Sekiranya ya, saya rasa ia patut lebih diketengahkan supaya lebih ramai ahli boleh menyertai dan menyuarakan pendapat.
Bagi memasuki websites ini, sesiapa saja dibenarkan, ianya tidak terhad kepada ahli PRPM sahaja. Tiada sekatan ‘password’ dikenakan keatas mereka-mereka yang ingin melayari websites ini.

3. Sekiranya tidak salah perkiraan saya, saya juga pernah menjadi ahli pada persatuan ini (tidak pasti sama ada telah luput keahlian), namun saya tidak pernah mendapat apa-apa perkembangan secara rasmi mengenai persatuan ini. Mohon penjelasan.

Terima kasih atas keperihatinan Pn. Aintan, buat pengetahuan Pn. Aintan, saya sedang dalam mengemaskini maklumat ahli persatuan rekod perubatan ,mungkin sedikit masa lagi saya akan mengeluarkan senarai ahli persatuan rekod perubatan sebenar. Untuk maklum Pn. Aintan juga, saya selaku Pengerusi yang baru dilantik pun baru saja mengetahui adanya laman website ini, kerana kewujudan websites ini adalah atas inisiatif ‘webmaster web’ ini sendiri, tiada arahan secara formal bagi pengujudannya. Atas cadangan Pn. Aintan sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan itulah cita-cita persatuan rekod perubatan untuk memperjuangkan masa depan ahlinya, Insya Allah.

Sekian terima kasih

Siti Hajar Baharim

4. Sekiranya website ini bertujuan memperjuangkan misi Rekod Perkhidmatan, maka saya rasa penglibatan anggota dari setiap peringkat amat perlu untuk mengelakan adanya jurang pemikiran dan pendapat di antara anggota dan supaya kesepakatan dapat dicapai dalam menyuarakan sesuatu isu.
Itulah juga matlamat pengujudan websites ini agar ahli-ahli mendapat sedikit sebanyak info hasil dari penerbitan artikel. Kerjasama dari semua pengamal rekod perubatan amat diperlukan agar dapat membuat hebahan dikalangan rakan-rakan pengamal rekod perubatan seluruh Malaysia dan seperkara lagi, sumbangan artikel dari anda semua amat diharapkan agar saban hari akan ada artikel-artikel baru diterbitkan. Buat masa ini, hanya saya seorang sahaja yang telah memerah otak mendapatkan bahan untuk dijadikan artikel buat paparan ahli semua. Sumbangan artikel bolehlah diemailkan kepada saya dan akan saya terbitkan untuk paparan umum.


Palestin

Januari 12, 2009


Saban hari, kita mendengar dan melihat di media massa berkenaan dengan “Holocaust” ataupun pembunuhan beramai-ramai di Palestin oleh Zionis Israel. Keadaan mereka yang daif, dikepung, dikenakan sekatan dan diperangi amat memilukan sekali. Palestin Kini dibelenggu kekejaman Israel!. Peperangan yang telah menjangkau puluhan tahun kini semakin menjadi-jadi. Media cetak dan media elektronik memaparkan isu ini dan telah dijadikan sebagai isu/berita utama. Macam-macam dah berlaku di palestin. Angka korban semakin hari semakin meningkat. Setiap detik ada saja nyawa-nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa. Sedih, pilu, sebak dan pelbagai lagi perasaan dirasai.

Diseluruh dunia dan tidak ketinggalan di Malaysia sendiri telah diadakan pelbagai perhimpunan kecil untuk menyuarakan protes terhadap kekejaman rejim yahudi itu. Terdapat juga kumpulan yang melakukan sembahyang hajat beramai – ramai.

Jika isu keagamaan menjadi penghalang, pinggirkan seketika, lihatlah dari sudut kemanusian…apakah ini yang kita inginkan? Letakkan seketika diri kita ditempat mereka, bagaimanakah keadaannya?

Apakah sumbangan kita bagi membantu mangsa-mangsa peperangan ini?
1. SMS dari rakan-rakan tidak putus-putus diterima agar membaca surah-surah dari Al-Quran dan memanjangkan doa bagi kesejahteraan Palestin dan terbaru diterima adalah doa ini :-

“Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah……. . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ….”

Panjatkanlah doa ini sepanjang waktu, terutamanya setelah selesai sembahyang. Disamping itu, peranan yang dianggap kecil tapi jika dilakukan oleh semua muslimim, nescaya akan ada impaknya juga

2. Boikot barangan Amerika dan Israel

3. Sumbangan
Sumbang kewangan juga merupakan satu lagi sumbangan yang boleh dilakukan oleh kita. Rakyat Malaysia telah terbukti dengan sifat yang amat bermurah hati. Oleh kerana itulah kita sering muncul dengan bantuan di kala negara lain di landa krisis.

Prof Dr. Sheikh Yusof Qardawi telah mengeluarkan fatwa bahawa SETIAP ORANG ISLAM WAJIB MENOLONG RAKYAT PALESTIN yang menderita akibat diserang oleh Zionis Israel.

Bila bercakap tentang bantuan Kemanusiaan di Palestin, ramai yang ikhlas nak menderma sering bertanyakan soalan-soalan ini;

……”Macamana nak menderma”?
……”Kepada tabung mana yang saya boleh hulurkan derma saya”?
……”Boleh ke Tabung ini dipercayai”?
……”Sampaikah derma saya ini kepada orang Palestin”?

Saya juga memikirkan untuk mengujudkan saluran bagi ahli PRPM menyalurkan sumbangan kewangan mereka. Tapi gimana ye?

Hentikan Perang Ke Atas Gaza!!!