Pakej Ransangan Ekonomi 7 Billion

Disember 24, 2008


Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan suntikan kewangan sebanyak RM7 billin sebagai Pakej Ransangan Ekonomi.

Peruntukan tersebut telah disalurkan ke seluruh jentera pentadbiran kerajaan dan tidak ketinggalan KKM. Di peringkat KKM, peruntukan ini telah diagih-agihkan mengikut negeri-negeri.

Justeru itu, adakah anda mendapat nikmat dari peruntukan dibawah Pakej Rancangan Ekonomi RM7 billion ini.? Kalau belum, rasanya masih belum terlewat untuk anda menyemak dengan Bahagian Pembangunan bagi projek-projek pengubahsianan bangunan atau yang sewaktu dengannya kerana rata-rata masalah kawasan penyimpanan rekod perubatan adalah merupakan masalah sejagat yang dialami oleh keseluruhan hospital KKM.

Dengan peruntukan ini diharapkan dapat memberikan sedikit sinar dan harapan bagi melaksanakan peraturan peyimpanan sepertimana yang telah dikeluarkan oleh KKM.


Case-Mix

Disember 22, 2008

Bersediakah kita sebagai pengamal rekod perubatan berubah dari sistem lama ke sistem baru?
Hendak tak hendak, ianya akan kita tempuh juga, hanya masa saja yang menentukan.

Tahun 2009 melihatkan perubahan sistem yang saya maksudkan iaitu perlaksanaan Sistem Case-Mix.

6 buah hospital telah terpilih sebagai perintis kepada perlaksanaannya di KKM iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Hospital Serdang, Hospital Kajang dan Hospital Tanjung Karang.


MSQH ISQua Certificate of Accreditation Award Ceremony, Launching & Workshop on MSQH Hospital Accreditation Standards 3rd Edition

Disember 20, 2008


Majlis di atas telah dianjurkan oleh MSQH dan telah diadakan pada 13 Disember 2008 (Sabtu) bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

Sambutan dari segi kehadiran peserta amat menggalakan terutamanya dari hospital-hospital swasta. Diantara ahli-ahli PRPM yang telah hadir pada majlis tersebut adalah :-
– Adawiah Saad (Hosp Kota Tinggi)
– Noor Azlin Mohd Sharif ( Hosp Selayang)
– Ruzaini Ab Rahman (Hosp Tapah)
– Salfaryna Alzahari (Hosp Sg Buloh)
– Siti Zamnah Mohd Zaki (Hosp Sg Buloh)
– Tuan Azean Tuan Ibrahim (Hosp Mersing) &
– W Rozain W Said (HTAA, Kuantan)
Bayaran bagi setiap penyertaan adalah sebanyak RM400.00

Majlis telah dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan peserta yang hadir telah dibahagikan kepada Workshop mengikut Standard Akreditasi.

Pada workshop tersebut peserta telah diberi pendedahan kepada standard-standard yang telah ditetapkan.


En. Mohd Uzuman Nordin Ali

Disember 20, 2008

Saya baru saja dimaklumkan bahawa En. Uzuman (Peg. Rekod N41, Hospital Sultanah Nur Zahirah, K.Terengganu) telah dimasukkan ke wad di Institut Jantung Negara (IJN) pada 14 Disember 2008 yang baru lalu dan telah melalui prosidur pembedahan pada 16 Disember 2008 dan ketika ini beliau masih lagi ditempatkan di wad IJN.

Moga kita semua sama-sama mendoakan kesihatan beliau, agar beliau pulih seperti sediakala dan tabah dengan dugaanNya. Kepada rakan yang ingin mengunjungi beliau di wad bolehlah berbuat demikian dan kepada yang ingin menelefon/mengirimkan sms bagi menyatakan sokongan kalian kepada beliau bolehlah menghubungi ke nombor ini :-019-9361889


Menunaikan Ibadah Haji

Disember 20, 2008


Pada tahun ini, saya dimaklumkan bahawa terdapat 2 anggota PRPM telah ke Mekah bagi menunaikan Ibadah Haji. Mereka adalah Pn Yusriah Che Yaakob (AMRO N32, Hosp. Seberang Jaya, Pulau Pinang) dan Pn. Jamaliah (AMRO N32, JKN Perak).

Pn Yusriah telah berangkat pada penerbangan yang pertama dan ketika artikel ini ditulis dimaklumkan beliau telah pun selamat pulang.
Beliau ada mengirimkan email kepada saya sebelum beliau berangkat tempohari, tetapi tidak sempat saya siarkan, walaubagaimanapun ini adalah diantara isi email beliau :

“saya akan berangkat ke tanah suci Mekah pada 30/10/08 dari KLIA,
Insya Allah dan balik ke malaysia pada 15/12/08. Tolong doa-doakan saya sepanjang saya ada di sana dan agar dapat saya mengerjakan ibadah haji dengan sesempurnanya dan dikurniakan haji yang mabrur. segala silap dan salah tutur saya harap dimaafkan. salam untuk kawan-kawan semua.”

Yusriyah bt. Che Yaacob

Moga kedua-dua mereka memperolehi haji yang mabrur. Amin…amin…amin.