Mesyuarat Exco PRPM yang pertama telah diadakan di A Famosa Resort, Melaka pada 11 November 2008 bersempena dengan Bengkel Semakan Semula Penstrukturan Polisi Rekod Perubatan.
Mesyuarat telah dihadiri oleh :
Presiden : Pn. Siti Hajar Baharim
Timbalan Presiden : En. Mohd Isa Abdullah
Setiausaha : Pn. Zarimah Jaafar
AJK Zon Sarawak : En. Asri Bujang
AJK Zon Timur : En. Wan Rozain Wan Said
Bendahari : Tn. Hj. Ibrahim Ariffin
Ahli-ahli telah diberi taklimat oleh Timbalan Presiden PRPM dan Bendahari PRPM berkaitan peranan Persatuan dalam memperjuangkan perkhidmatan pengamal rekod perubatan di seluruh Malaysia.
Ahli juga diminta menjelaskan bayaran keahlian yang tertunggak.
Tahniah ke atas semua perlantikan. Diharap kepada Ahli J/Kuasa yang baru boleh membawa kepada pelbagai perubahan yang drastik.
Diharap Persatuan dapat mempertimbangkan kemasukan Pembantu Tadbir (Rekod Perubatan) atau yang bertugas di Jabatan Rekod Perubatan supaya lebih ramai kekuatan keahlian Persatuan ini. Dan lagi suara yang lebih kuat untuk didengar dari akar umbi.
Adalah menjadi harapan juga setiap Ahli Persatuan diberi maklum mengenai mesyuarat, seminar dan sebagainya, walaupun tidak hadir tetapi dapat mengutuskan sebarang isu/masalah/pandangan untuk dibawa berbincang bersama.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih diatas komentar yang diutarakan. Komentar saudari telah dipanjangkan kepada Presiden PRPM dan Insya Allah akan dijawab oleh beliau dalam waktu terdekat.
Assalamualaikum.. Pn Siti Hajar dan ahli exco, tahniah diucapkan, semuga persatuan kita terus hidup dan berkembang maju. Berkenaan dengan bayaran keahlian, saya sebagai ahli persatuan yang lama ingin memberi sumbangan kepada persatuan kita, tapi tak ada sapa yang mai kutip yuran.. so… rasanya banyaklah tungakan..dah bertahun tak bayar.. why not kita buat potongan gaji tiap-tiap bulan melalui angkasa seperti yang dibuat oleh Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Malaysia?
Cadangan dari Pn. Normah telah diambil maklum dan perkara ini boleh dibincangkan oleh ahli Exco yang lain agar mereka dapat memberikan maklumbalas kepada cadangan yang diutarakan dan seterusnya dipanjangkan kepada Setiausaha Persatuan supaya boleh dipanjangkan kepada ahli persatuan yang untuk makluman.
Berkaitan dengan cadangan daripada Pn. Norain, juga boleh dipertimbangkan selagi tidak melanggar akta perlembagaan persatuan. Diharap maklumbalas ini dapat menyampaikan hasrat yang tersirat.
Sekian & terima kasih.
Presiden PRPM
Terima kasih diatas komentar daripada Pn. Normah, cadangan anda agar bayaran keahlian dibayar melalui potongan gaji setiap bulan telah dipanjangkan ke Exco Persatuan dan Insya Allah akan dijawab oleh Bendahari Persatuan dalam waktu terdekat.
Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Jawatankuasa dan Exco Persatuan Rekod Perubatan 2008-2010 yang telah terpilih. Saya merasakan sudah kena pada masanya persatuan kita ini mengorak langkah dengan lebih aktif dan berkesan bagi merealisasikan perjuangan dan matlamat masa depan penjawat-penjawat dibidang Rekod Perubatan ini.
Saya amat menyokong langkah-langkah yang pernah diambil oleh jawatankuasa yang lepas dapat diteruskan dan di tambahbaik demi meredakan kekontangan perasaan terpendam disetiap ahli-ahli PRPM terutama orang-orang lama. Senarai-senarai semua PPRP yang telah memiliki ijazah / Lulus KPSL sehingga hari ini yang mana pernah dihantar ke Bhg Sumber Manusia KKM untuk dihantar ke JPA kiranya dapat diusahakan hantar lagi yang terkini.
Harapan saya supaya janganlah antara kita yang dah telah dapat faedah atas usaha tersebut terlupa pulak kawan-kawan lain yang belum dapat peluang.
Saya juga mencadangkan satu pengkalan data dapat diujudkan bagi senarai semua anggota PRP, PPRP,Pemb Tadbir N26,N22,N17 dan seterusnya supaya dapat kita sesama faedah dan mengenali lebih dekat anggota Rekod Perubatan Malaysia.
Sekian, maaf sekira nya ada yang terkasar dan tak kena..
Salam Penghargaan……..
Rasanya masih belum terlewat untuk saya merakamkan sekalung tahniah kepada Jawatankuasa dan Exco Persatuan Rekod Perubatan 2008-2010 yang telah terpilih. Sebagai ahli yang masih “junior” dalam perkhidmatan rekod perubatan ini saya ingin mencadangkan agar buletin / berita Rekod Perubatan Malaysia diterbitkan semula pada masa kini untuk merwar-warkan perkembangan perkhidmatan rekod perubatan sebagai organisasi penting dalam pengurusan data-data perubatan di hospital atau institusi kesihatan yang terlibat. Saya pernah terbaca buletin rekod perubatan yang berkaitan Bil 1/98 yang diterbitkan pada September 1998 dan mendapati isikandungannya amat berfaedah untuk semua warga rekod perubatan khususnya dan warga kesihatan amnya. Di samping itu juga buletin berkenaan dapat menjadi wadah perkenalan warga rekod perubatan yang baru dan lama yang saya percaya tidaklah ramai anggotanya berbanding Pegawai-pegawai (Eksekutif) dan medium penyampaian maklumat semasa dunia rekod perubatan selain daripada website ini yang saya percaya masih ramai yang tidak menyedari akan kewujudannya.
Sekian, semoga profession kita ini dipandang tinggi setanding Allied Health yang lain dan majulah Jabatan Rekod Perubatan untuk semua !